Assalamulaikum
ku melihat pada bunga mawar..
"indahnya bunga ini".. "tingginya ia di atas pokok"
lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..
mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..
cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..
ku melihat pada semalu..
"erm..bunga apa ini" "kat tapak kaki aje ia"
lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..
Masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..
wallahua'lam..
di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri...
Sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)
Apa perbezaan tu?
Namun perasankah kita.. pohon semalu ada keindahanya.. kerana dia juga ada bunganya.. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)
Dunia kini sudah berbeza.. wanita yang indah semakin ramai.. wanita sebegini memang mahal dirinya.. sukar untuk didekati andai tiada cara.. apabila cara mengena diri.. maka tunduklah wanita.. itulah ia mawar berduri.. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..
tetapi...Wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam.. sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..
Subhanallah..wallahua'lam.
p/s: Thanx to Kipp for this notes..(^_^)
No comments:
Post a Comment