Assalamualaikum & Hye.
Setahun sudah aku berkecimpung dalam dunia perubatan. Aiseh men, dunia perubatan lah sangat kan. Padahal baru setahun pegang title 'medical student'. Setahun yg berlalu dengan sangat pantas, memang nda terasa, apatah lagi bagi orang2 seperti aku yg hanya tahu main dan belajar last minute. Ya, tahun lepas TERsangatlah rilek rasanya, sampaikan time seminggu lagi mau Final Exam Physiology, time tu baru tertanya-tanya semua benda dalam bab CVS (cardiovascular) tu and terasa macam baru mau belajar tu semua. Ini semua gara-gara tidur sepanjang lecturer tu mengajar. Macam kena bagi sedatives pula. (opps,sorry doctor Solah. I really can't understand your lectures. ehehe.)
A year = 12 months = 52 weeks = 365 days = ntah berapa jam.
Dalam tempoh tu juga aku liat mencari jawapan, kenapa aku pilih jalan ini. Kenapa aku perlu habiskan masa membelek-belek buku Anatomy, Biochem, Physiology, and of course the most dislikes one, Histology. Kenapa aku perlu hadapi migraine yg aku nda pernah ada sebelum ni semata-mata sbb mau belajar segala foramens and parts dekat skull. Kenapa aku perlu pakai spek sbb stay up sampai lewat malam untuk study. Kenapa aku perlu terbelit-belit lidah bila bercakap pak Arab and sakit hati sampai nangis2 dengan perangai orang Arab. Kenapa aku perlu fikir dan rasa gerun dgn masa depan aku yg akan sangat sibuk. Kenapa aku perlu fikir utk ada suami yg juga akan jd doctor seperti aku supaya dy faham kerja aku nanti. Kenapa aku perlu tinggalkan cita-cita aku yg selama ni aku idamkan, tapi at last kena sarung kot putih yg aku tidak pernah tahu menahu dan mmg tidak pernah ambil tahu sebelum ni.
Dan paling aku nda tahu, bila ada junior tanya;
"Kenapa kakak mahu jadi doctor?"
Dan kata-kata yg sama akan terpacul dari mulut;
"Kakak nda pernah teringin dan mahu jadi doctor. Tapi at last kakak di sini juga..."
Gunalah segala neurons yg ada utk berfikir, duhai diri. Cukup setahun aku study medic dengan tidak tahu sebabnya. Cukup setahun aku bertungkus-lumus study sebab mahu buktikan yg aku boleh dapat result bagus walaupun ini bukan jalan yg aku impikan. Cukup, kerana sekarang aku tahu kenapa aku pilih jalan ni.
Nasib yg tersurat, tuah yg tersirat.
Itu jawapannya. Ringkas tapi padat.
:)
Love to be a doctor, to love Him.
No comments:
Post a Comment