*[Post serious. Pendapat serious. Seriously, karangan. He he he.]
Apa itu
Pendidikan Eksklusif & Pendidikan Inklusif?
Pengertian EKSKLUSIF:
·
(éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi
(dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg
menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. –Kamus Dewan
Edisi Keempat
·
adj 1. limited
to, catering or reserved for a privileged minority, 2. limited
to the person or group mentioned, the ~ privileges of the upper class, hak-hak istimewa kelas atasan 3. (of
story, interview, etc published in a magazine or newspaper), 4. incompatible, berbeza sama sekali. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Pengertian INKLUSIF:
·
adj 1. Including, termasuk, 2.
Including much or all, merangkumi semua, 3. Including the things
mentioned, termasuk. –Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1. Pendidikan
Eksklusif dan Kelebihannya.
Pendidikan
Eksklusif merupakan sistem pendidikan yang terhad dan diberikan kelebihan
istimewa serta diteliti sistemnya secara lebih mendalam dan lebih komprehensif
dalam memastikan kualiti pelajar (produk) yang lebih tinggi, menepati kehendak
semasa.
Contoh: Sekolah bestari,
sekolah berasrama penuh, sekolah khusus (agama), dsb.
Kini, fenomena pendidikan eksklusif/elite
menjadi trend dalam kalangan
masyarakat khususnya ibubapa sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak
mereka dengan harapan melihat mereka berjaya dalam mengejar impian dan
cita-cita. Sistem pengajian yg lebih eksklusif ini jika dibandingkan dengan pengajian
yg lebih inklusif (cth: sekolah harian biasa) diberikan kelebihan yang agak
ketara, maka tidak hairanlah jika ada antara ibubapa yg berpusu-pusu untuk mendaftar
anak-anak mereka di sana.
Antara kelebihan yg diberikan ialah syarat-syarat
kemasukan ke sekolah terbabit yang memerlukan keputusan UPSR/PMR yang
cemerlang. Secara tidak langsung, ia mengumpul pelajar-pelajar cemerlang dalam
satu tempat untuk bersaing dengan lebih hebat. Kebanyakan sekolah yg terlibat
juga memerlukan pelajar untuk tinggal di asrama sekolah untuk melahirkan insan dan
pemimpin yang berdikari. Selain itu, tenaga pelajar yang dibawa masuk turut
menyumbang dalam kecemerlangan sekolah, dimana kebanyakan mereka terdiri
daripada guru-guru cemerlang, mempunyai pengalaman dan dianugerahkan sebagai
guru cemerlang dari sekolah inklusif dan dibawa masuk ke dalam sekolah
eksklusif/elite.
Tidak kurang juga, sekolah-sekolah
ini juga diberikan perhatian yang lebih dalam penyediaan kemudahan dan
infrastruktur untuk memberikan suasana yg lebih selesa untuk pembelajaran.
Secara tidak langsung, keputusan peperiksaan awam yang diperolehi adalah
cemerlang, serta membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi, ditambah pula dengan nama-nama sekolah yang nampak
gah pada mata rakyat khususnya para penaja biasiswa pengajian.
Apa pula yang terjadi pada pelajar di sekolah inklusif?
Tidak dapat dinafikan, para pelajar
di sini agak kekurangan dan tidak diberi perhatian yang lebih. Ramai lepasan
sekolah terbabit melahirkan rasa kecewa kerana pandangan masyarakat yang
kadangkala rendah pada mereka, disebabkan terkenal dengan masalah sosial pelajar,
dan juga reputasi keputusan peperiksaan yang tidak se-gah mereka di sekolah
ekslusif/elite.
Persoalan 1: Mengapa
perkara ini boleh terjadi? Puncanya??
2.
Kepincangan
yang Tidak Disedari
Sudah menjadi fitrah, setiap perkara
yang dilakukan mempunyai pro & cons –nya
yang tersendiri. Kemudahan dan kelebihan
yang disalurkan semakin lama menjadikan sesetengah pelajar di sekolah terpilih
ini tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat lain di luar sekolah. Ini
kerana hampir 90% daripada mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Mereka
dididik untuk bersaing sesama sendiri, tetapi tidak kepada bangsa lain yang
diketahui umum tidak kurang hebatnya. Ia sedikit sebanyak menutup skop
pemikiran pelajar untuk berfikir ‘out of
the box’.
Selain itu,
terdapat sebilangan pelajar yang turut gagal untuk mendisiplinkan diri apabila
berada di universiti, gagal menguruskan masa, pincang di tengah jalan, dsb
kerana sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama dan mengalami ‘culture shock’ sejurus selepas ‘dibebaskan’
daripada peraturan asrama yang ketat sebelum ini. Berbanding dengan pelajar sekolah harian, mereka mampu mengatasi
masalah tersebut atas kehendak dan disipilin yang dipupuk dalam diri sendiri
disamping pemerhatian daripada ibubapa sendiri.
Melalui pengalaman
saya sendiri, sekolah terpilih turut mendapat maklumat secara terus, tidak kira
dalam hal peperiksaan mahupun lain-lain melalui guru-guru yang juga
kebanyakannya terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa, panelis, dan juga pembuat
soalan peperiksaan awam. Namun berbeza pula pada sekolah-sekolah lain
(inklusif), yang kurang mendapat informasi terkini atas sebab kurangnya tenaga
pengajar yang terlibat dalam organisasi pendidikan kebangsaan.
Ini menimbulkan persoalan yg ke-2
di benak fikiran:
Adilkah dan adakah kecemerlangan yang diperolehi di sekolah-sekolah
eksklusif ini benar-benar atas kebolehan para pelajar itu sendiri?
3. Ibarat Kacang Lupakan Kulit.
Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.
3. Ibarat Kacang Lupakan Kulit.
Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.
Di manakah silapnya?
4.
Pendidikan
Efektif Dikongsi Bersama.
Peribahasa Melayu ada menyebut; ‘Melentur
buluh, biarlah dari rebungnya’. Konsep pendidikan dari luar dan dalam perlu
diterapkan agar dapat melahirkan generasi yang berdaya saing, maju ke hadapan,
berfikiran terbuka, dan mampu berdiri di atas kaki sendiri di dunia yang sebenar. Didikan yang efektif
adalah daripada diri sendiri, usaha yang gigih apabila mereka kekurangan
serba-serbi, dan berjaya mengatasinya sendiri. Adakah kita memerlukan generasi yang manja dan tidak
berkredibiliti untuk bertindak di saat negara dilanda masalah? Sudah tentu
tidak.
Namun, perlu saya nyatakan di sini, pelajar di sekolah harian ada yang cemerlang, ada juga yang lemah prestasinya. Tidak seperti di sekolah eksklusif/elite, sudah menjadi kemestian untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Maka tidak hairanlah,
sebilangan besar pelajar yang mencipta hatrik dengan pencapaian luar biasa adalah dari sekolah harian seperti Nur Amalina Che Bakri, 17A SPM 2004, Nadiah Amirah Jamil, 18A, SPM 2006, Siti Fatimah Mokhtar, 18A SPM 2006 dan Nik Nur Madihah Kamil, 20A, SPM 2008. Ini jelas membuktikan, bahawa kemudahan yang
hebat dan title sekolah yang gah
bukanlah faktor utama mencapai kejayaan.
Ingin saya
turut kongsikan pendapat kenalan saya;
‘’ Exclusivity will cause obsessions & egoisms. Instead of creating more elite places with elite students plus elite teachers, why not distributing the elite teachers all over the country. Being fair to all and create more chances to increase the probabilities of creating more excellent students all over the country. Inclusivity overcoming Exclusivity will stop the concept of rich being richer, the poor being poorer.”
Oleh itu,
seharusnya sistem pendidikan kita bersifat inklusif, bukan lagi eksklusif. Demi
melahirkan anak-anak bangsa kita, khususnya anak Melayu kita yang dikasihi
daripada ketinggalan dalam memajukan
diri. Tenaga pengajar yang pakar seharusnya dimanfaatkan untuk semua agar seimbang dan tidak wujud diskriminasi dan perbezaan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak dikumpulkan, sekali gus dapat membantu dalam prestasi semua sekolah dan mencantas pandangan enteng sesama pelajar. Maka, daya saing dan skop pemikiran akan lebih berkembang berbanding berada di tampuk yang sama, bersaing sesama sendiri. Perhatian secara sekali gus oleh kerajaan dalam pendidikan juga boleh diberikan secara sama rata, agar yang kurang menjadi sempurna, yg sempurna menjadi lebih baik.
Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia!
p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)
Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia!
p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)
~~Nukilan melalui pengalaman & pemerhatian dari diri sendiri, tidak ada kaitan dengan
sesiapa, hanya pendapat sebagai pemerhati. Sekian. ~~
No comments:
Post a Comment