The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!

Tuesday, October 15, 2013

Di Sebalik Nama Seni



Seni mempertahankan diri sudah semestinya mjadi kemestian dlm kalangan mereka yg sentiasa berwaspada.  Tidak salah untuk mempelajarinya, namun adakah ia  melalui sumber yg diyakini kebenarannya? 

Kebenaran yg sy katakan disini adalah:
1) Adat dan istiadat yg kdgkala berunsurkan syirik.
2) Ilmu yg bertopengkan keislaman, tetapi sebaliknya bertentangan. 
3) Ilmu yg berselindung di sebalik kehandalan. 

Fokus sy pd kali ini  sbnrnya lebih  mendalam mengenai seni mempertahankan diri bg masyarakat Melayu kita, yg sememangnya diakui zaman berzaman. Dr zaman Melayu Melaka lg, seni silat adalah seni gerak langkah yg kaya dgn kehandalan dan kesenian. Ia terdiri drpd bermacam2 psatuan spt yg dpt kita lihat pd hari ini. Ada yg perlu 'bermandi minyak', mandi bunga, membuka gelanggang, dan ada jg yg perlu bertapa. Terdapat jg unsur2 Islam yg diterapkan, kononnya sbg pendinding, dan jg utk mjadi 'kebal'. Unsur2 dan bacaan2 khusus ini kononnya diambil drpd al-quran dan amalan2 harian. Tetapi, adakah istilah manusia kebal itu sebenarnya wujud dlm dunia Islam?

Begitu jg dgn seni tari silat itu sndri. Adakah berlenggok, berguling dan menari di khalayak ramai terutamanya bagi yang perempuan itu salah satu drpd ilmu yg dituntut Islam? Lentok badan yang kononnya seni tetapi siapa tahu apa pandangan lelaki. Berselindung di sebalik seni itu tapi tarian tradisi kononnya salah. Namun sebenarnya tidak ada beza. Walaupun berpakaian menutup aurat  tapi apakah setakat menututp aurat itu membolehkan seorang wanita melakukan gerak lenggok sedemikian di khalayal ramai  

Hakikatnya, cara berpakaian,  adat, dan istilah Melayu tlh mengaburi mata masyarakat kita. Lebih yakin dgn faktor2 tsebut, kita cenderung utk mpelajarinya. Taksub dgn ilmu tsebut, sanggup mbahayakan diri  btarung sesama sendiri, smpai ada kalanya hidup berpuak2. 

Segelintir mereka turut mbudayakn gaya hidup samseng dlm diri, yg mana sgt lazim didapati dlm kalangan remaja kini. Oleh itu, kedudukan seni mpertahankn diri ini haruslah diteliti keperluannya dan diteliti asal usul serta keburukannya. Jangan dek kerana topeng itu kita tersalah mengambil jalan lalu terhanyut.  Usahlah menghalalkn yg batil, yg tidak kena caranya. Semoga kita lebih bijak utk menilai demi melahirkan generasi masa depan kita, yg lebih  cenderung utk berfikir, bukanlah ibarat lembu dicucuk hidung. 

Sekian utk kali ini. 
Salam perpaduan.

No comments: