The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!

Sunday, April 10, 2011

Aku, Kamu, dan EXAM.


Assalamualaikum & Hye.


FINAL EXAM

Click for rapid growth.


Yup, its my Final Exam schedule. I'm counting the day, its just one month to go.. 
[ Umi, abah, takutnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!! +_+ ]


EXAM bukan SEKADAR EXAM.

Wa bukan mau pasal belajar bukan sekadar utk exam, but point wa, exam ni bukan sekadar mau pass but at the same time kita dekatkan diri ngan Allah. Ada dua probability di sini:

  • Semakin dekat exam, semakin dekat, taqarrub diri kita dengan Allah
  • Semakin dekat exam, semakin jauh kita dengan Allah.

NIAT

Tajdid niat, betulkan niat. Apa sebab kita mau exam? Apa sebab kita mau pass exam? Ya, wa tau, ramai org akan jawap utk capai cita-cita, tunaikan harapan ibu bapa n keluarga.. Blablabla~ But ada satu benda yg kita selalu lupa, which is untuk menaikkan Islam. U have 2 choices here:

  • Mau jadikan usaha kita untuk pass exam tu sebagai ADAT
  • Or jadikan dia sebagai IBADAT
So, niatlah kerana Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita. (^_^)


HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Well, juz like above, kita kena jaga hubungan dengan Allah. Dia yg tetapkan Qada' n Qadar kita. 
Tidak guna kita stay up sepanjang malam, kalau solat Subuh besoknya kita tinggal or lambat. 
Tidak guna kita hafal satu buku Anatomy, kalau Al-Quran kita x baca. 
Tidak ada guna kita berjaya, kalau dahi x pernah lekat kat sejadah.


HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Ramai org jaga hubungan dengan Allah, tp dlm masa yg sama dy rosakkan hubungan sesama manusia.
Contoh:
  1. Kau pegi beribadat n belajar 24 jam, tp bilik kau bersepah, jadual rumah kau x ikut, ORANG WAT KERJA, KAU DUDUK2 STUDY. Last2 kau sakit hati orang.
  2. Kau pegi la study, baca kuat2 supaya ingat, dengar lagu kuat2 sampai org lain terganggu. Last2 kau wat orang tension sbb x dapat study.
  3. Kau study berhabisan, tp skali orang tanya sama kau psl study, kau pegi marah dorg balik sbb malas mau kasi explain.

RESULT EXAM.

"Uh, aku study pun sama jugak, x jugak dapat jawap.. Biarlah, takdir aku kan. Suda tu namanya QADAR Allah..."

This is wrong. Ada satu kisah pd zaman Umar Al-Khattab:


Pada suatu hari, baginda ingin pergi ke negeri Syam. Dalam perjalanan, baginda dimaklumkan negeri Syam sedang dilanda penyakit taun. Khalifah Umar pun berbincang dengan kaum muslimin yang lain lalu membuat keputusan untuk kembali ke Madinah bersama sahabat-sahabat yang lain untuk mengelakkan penyakit yang bahaya itu.
Setibanya di Madinah, bertanya Abu Ubaidah kepada Saidina Umar, “adakah kamu lari dari qadar Allah wahai Amirul Mukminin?” Saidina Umar pun menjawab, “ya, kami lari dari qadar Allah ke qadar Allah yang lain.”
Jawapan itu bermaksud jika penyakit taun itu qadar dan ketentuan Allah, maka lari berlindung dari penyakit itu pun termasuk sebagai qadar dan ketentuan Allah.

Ingatlah, setiap Qadar Allah itu ada sebab n musababnya. Jika kita mengubah Qadar yg pd mulanya ialah Kegagalan kerana tidak cukup usaha, kepada Qadar Allah yg sebaliknya iaitu Kejayaan kerana Doa, Usaha, dan Tawakkal kita kepadaNya, itu bukanlah bermaksud kita lari daripada ketetntuan Allah. 

Kesimpulannya, sepanjang kita mau exam ni, pandai2 lah jaga semua benda. X kisahlah, tym musim exam or bila2 pun, kita kena tetap jaga. Coz KEBERKATAN tu lebih penting. Doa orang sekeliling, and paling penting, REDHA ALLAH


Wallahua'lam. Peringatan utk diriku dan dirimu.
p/s: Sory kalau ada terasa, terkurang or terlebih. PEACE!!!  
p/s/s: To my friends, kalau aku ada wat salah juga, tegur tau! Sayang kamu. Bittaufiq wannajah semua!!! (^^,)







No comments: