The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!

Sunday, July 15, 2012

Jatuh? Bangkitlah semula..





Hari ini terasa ingin bertinta
Tidak, bukan ada khabar apa-apa
cuma mungkin kerana lama bertapa?

Bila ada masa gembira, tawa menjelma
bak angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
menampar pipi lembut selesa
Bila ada masanya duka, tangis menerpa
bukan angin, tapi ribut melanda
habis satu jasad ditiup bak kertas nan ringan

Mulut kata, tak apa ada hikmah sebaliknya
Hati kata, bohonglah andai langsung tiada duka
Tapi jangan lupa, hati milik siapa?
Kalau bukan Dia, yg Maha Berkuasa

Maka bangkitlah! 
Duka? Tangis? Tawa? 
Ahh, itu semua ujian di dunia
Di akhirat?
Semua dihitung pada USAHA.

Andainya hari ini kau jatuh,
Andai hari ini kau masih merangkak,
Andai manusia jauh meninggalkanmu setapak demi setapak..
Jangan pernah kau berhenti
kerana di situ letaknya jati diri.



Congrats buat teman seperjuangan, sama-sama kita ambil pengajaran.
Jatuhnya kita hari ini, pastinya mendorong bangkitnya kita pada lain kali.

Minta maaf buat family, tidak ada mumtaz utk tahun ini.
Cuma jayyid jiddan yg bakal dibawa pulang 18 july nanti.
Tapi syukur ke hadrat Ilahi, masih dikurniakan org2 yg dikasihi,
sentiasa mendorong hingga ke hari ini. 
Famili, dia, dan semua. 
Alhamdulillah 
:)


*Nota Kaki Buat Family: Tapi ranking naik jd top 20, psstttt teda hadiah? Handphone baru mungkin? kekekeke :p



No comments: