The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!
Showing posts with label edisi khas. Show all posts
Showing posts with label edisi khas. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

PENDIDIKAN EKSKLUSIF VS INKLUSIF


*[Post serious. Pendapat serious. Seriously, karangan. He he he.] 


Apa itu Pendidikan Eksklusif & Pendidikan Inklusif?

Pengertian EKSKLUSIF:
·         (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. –Kamus Dewan Edisi Keempat
·         adj 1. limited to, catering or reserved for a privileged minority, 2. limited to the person or group mentioned, the ~ privileges of the upper class, hak-hak istimewa kelas atasan 3. (of story, interview, etc published in a magazine or newspaper), 4. incompatible, berbeza sama sekali. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Pengertian INKLUSIF:
·         adj 1. Including, termasuk, 2. Including much or all, merangkumi semua, 3. Including the things mentioned, termasuk. –Kamus Inggeris-Melayu Dewan


                1.            Pendidikan Eksklusif dan Kelebihannya.

            Pendidikan Eksklusif merupakan sistem pendidikan yang terhad dan diberikan kelebihan istimewa serta diteliti sistemnya secara lebih mendalam dan lebih komprehensif dalam memastikan kualiti pelajar (produk) yang lebih tinggi, menepati kehendak semasa.
Contoh: Sekolah bestari, sekolah berasrama penuh, sekolah khusus (agama), dsb.



Kini, fenomena pendidikan eksklusif/elite  menjadi trend dalam kalangan masyarakat khususnya ibubapa sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak mereka dengan harapan melihat mereka berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita. Sistem pengajian yg lebih eksklusif ini jika dibandingkan dengan pengajian yg lebih inklusif (cth: sekolah harian biasa) diberikan kelebihan yang agak ketara, maka tidak hairanlah jika ada antara ibubapa yg berpusu-pusu untuk mendaftar anak-anak mereka di sana.

Antara kelebihan yg diberikan ialah syarat-syarat kemasukan ke sekolah terbabit yang memerlukan keputusan UPSR/PMR yang cemerlang. Secara tidak langsung, ia mengumpul pelajar-pelajar cemerlang dalam satu tempat untuk bersaing dengan lebih hebat. Kebanyakan sekolah yg terlibat juga memerlukan pelajar untuk tinggal di asrama sekolah untuk melahirkan insan dan pemimpin yang berdikari. Selain itu, tenaga pelajar yang dibawa masuk turut menyumbang dalam kecemerlangan sekolah, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada guru-guru cemerlang, mempunyai pengalaman dan dianugerahkan sebagai guru cemerlang dari sekolah inklusif dan dibawa masuk ke dalam sekolah eksklusif/elite.

Tidak kurang juga, sekolah-sekolah ini juga diberikan perhatian yang lebih dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur untuk memberikan suasana yg lebih selesa untuk pembelajaran. Secara tidak langsung, keputusan peperiksaan awam yang diperolehi adalah cemerlang, serta membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ditambah pula dengan nama-nama sekolah yang nampak gah pada mata rakyat khususnya para penaja biasiswa pengajian.

Apa pula yang terjadi pada pelajar di sekolah inklusif?

Tidak dapat dinafikan, para pelajar di sini agak kekurangan dan tidak diberi perhatian yang lebih. Ramai lepasan sekolah terbabit melahirkan rasa kecewa kerana pandangan masyarakat yang kadangkala rendah pada mereka, disebabkan terkenal dengan masalah sosial pelajar, dan juga reputasi keputusan peperiksaan yang tidak se-gah mereka di sekolah ekslusif/elite.

Persoalan 1: Mengapa perkara ini boleh terjadi?  Puncanya??




2.       Kepincangan yang Tidak Disedari

Sudah menjadi fitrah, setiap perkara yang dilakukan mempunyai pro & cons –nya yang tersendiri.  Kemudahan dan kelebihan yang disalurkan semakin lama menjadikan sesetengah pelajar di sekolah terpilih ini tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat lain di luar sekolah. Ini kerana hampir 90% daripada mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Mereka dididik untuk bersaing sesama sendiri, tetapi tidak kepada bangsa lain yang diketahui umum tidak kurang hebatnya. Ia sedikit sebanyak menutup skop pemikiran pelajar untuk berfikir ‘out of the box’.

         Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang turut gagal untuk mendisiplinkan diri apabila berada di universiti, gagal menguruskan masa, pincang di tengah jalan, dsb kerana sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama dan mengalami ‘culture shock’ sejurus selepas ‘dibebaskan’ daripada peraturan asrama yang ketat sebelum ini. Berbanding dengan  pelajar sekolah harian, mereka mampu mengatasi masalah tersebut atas kehendak dan disipilin yang dipupuk dalam diri sendiri disamping pemerhatian daripada ibubapa sendiri.

           Melalui pengalaman saya sendiri, sekolah terpilih turut mendapat maklumat secara terus, tidak kira dalam hal peperiksaan mahupun lain-lain melalui guru-guru yang juga kebanyakannya terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa, panelis, dan juga pembuat soalan peperiksaan awam. Namun berbeza pula pada sekolah-sekolah lain (inklusif), yang kurang mendapat informasi terkini atas sebab kurangnya tenaga pengajar yang terlibat dalam organisasi pendidikan kebangsaan.

Ini menimbulkan persoalan yg ke-2 di benak fikiran:
Adilkah dan adakah kecemerlangan yang diperolehi di sekolah-sekolah eksklusif ini benar-benar atas kebolehan para pelajar itu sendiri?

            3.    Ibarat Kacang Lupakan Kulit. 

Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.



Di manakah silapnya? 

                   
4.       Pendidikan Efektif Dikongsi Bersama.          

Peribahasa Melayu ada menyebut; ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Konsep pendidikan dari luar dan dalam perlu diterapkan agar dapat melahirkan generasi yang berdaya saing, maju ke hadapan, berfikiran terbuka, dan mampu berdiri di atas kaki sendiri  di dunia yang sebenar. Didikan yang efektif adalah daripada diri sendiri, usaha yang gigih apabila mereka kekurangan serba-serbi, dan berjaya mengatasinya sendiri. Adakah kita  memerlukan generasi yang manja dan tidak berkredibiliti untuk bertindak di saat negara dilanda masalah? Sudah tentu tidak.

                Namun, perlu saya nyatakan di sini, pelajar di sekolah harian ada yang cemerlang, ada juga yang lemah prestasinya. Tidak seperti di sekolah eksklusif/elite, sudah menjadi kemestian untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Maka tidak hairanlah, sebilangan besar pelajar yang mencipta hatrik dengan pencapaian luar biasa adalah dari sekolah harian seperti Nur Amalina Che Bakri, 17A SPM 2004, Nadiah Amirah Jamil, 18A, SPM 2006, Siti Fatimah Mokhtar, 18A SPM 2006 dan Nik Nur Madihah Kamil, 20A, SPM 2008. Ini jelas membuktikan, bahawa kemudahan yang hebat dan title sekolah yang gah bukanlah faktor utama mencapai  kejayaan.

Ingin saya turut kongsikan pendapat kenalan saya;

                ‘’ Exclusivity will cause obsessions & egoisms. Instead of creating more elite places with elite students plus elite teachers, why not distributing the elite teachers all over the country. Being fair to all and create more chances to increase the probabilities of creating more excellent students all over the country. Inclusivity overcoming Exclusivity will stop the concept of rich being richer, the poor being poorer.”

                Oleh itu, seharusnya sistem pendidikan kita bersifat inklusif, bukan lagi eksklusif. Demi melahirkan anak-anak bangsa kita, khususnya anak Melayu kita yang dikasihi daripada  ketinggalan dalam memajukan diri. Tenaga pengajar yang pakar seharusnya dimanfaatkan untuk semua agar seimbang dan tidak wujud diskriminasi dan perbezaan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak dikumpulkan, sekali gus dapat membantu dalam prestasi semua sekolah dan mencantas pandangan enteng sesama pelajar. Maka, daya saing dan skop pemikiran akan lebih berkembang berbanding berada di tampuk yang sama, bersaing sesama sendiri. Perhatian secara sekali gus oleh kerajaan dalam pendidikan juga boleh diberikan secara sama rata, agar yang kurang menjadi sempurna, yg sempurna menjadi lebih baik. 

            Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia! 

p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)


~~Nukilan melalui pengalaman & pemerhatian dari diri sendiri, tidak ada kaitan dengan sesiapa, hanya pendapat sebagai pemerhati. Sekian. ~~

Saturday, February 4, 2012

12 Rabi'ulAwal 1433H


Assalamualaikum & Hye.


To all muslimin & muslimat,




"Sesungguhnya orang yg paling dekat denganKu pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak BERSELAWAT kepadaKu..."
-An-Nasai & Ibnu Hibban-

Friday, February 3, 2012

Winter Break : Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum & Hye

How are you ppl? Already have your holiday or not? Ngee~ I'm having my hols now, but I got blank what should I do for another 9 days remaining. Btw, I dun have any plan, and I dun have any budget either to go anywhere like most of my friends do. So, I decided to go find and fill up my tummy with every food that I'm craving for since I dun have much time to do like that before. Yaaa, exams and classes always mem-busy-kan diri mereka utk memenuhi my schedule. So sad~ Well, that's how a student life should be, rite??


Okay then, I dun wanna talk much. If not, I will keep mumbling without any points. So just let the pictures talk!! 


1st Venue: PEKING, City Star, Cairo
(Chinese Food)

-Mushroom soup-

-Prawns with Hoisin Sauce-
-Mixed Vege with Chinese Mushroom-
-Beef with Ginger & Garlic-


2nd Venue: MORI SUSHI , City Star, Cairo

-Salmon, Onagi (eel), Shrimp, & 'Idk-what-its-called' Sushi-
p/s: That 'flower'-like thing is pickled ginger. It taste good when I bite a lil', but turns diff n spicy when I ate much. -.-'



3rd Venue: SPECTRA, Genena Mall, Cairo

-Chicken & Mushroom Soup-

-Seafood Platters-
(Shrimp, Fish Fillets, Calamari & Mashed Potatoes)

-Chinese Seafood Noodles-
(Ini cik abg yg mengidam, not me :p )


...not to forget, many THANX to him yg sudi teman wa yg mengidam macam2 ni makan. hehe.
(^__^)



Still thinking for another food to eat during this holiday. Any ideas? :D
p/s: I wish I dun gain weight again this year, since I gained 10kg during winter break last year. LOL







Saturday, December 31, 2011

Ada apa dengan 2012?

Assalamualaikum & Hye.


Pada saat ini, 31 Disember 2011 tepat pukul 3.33pm (waktu Egypt) wa menulis entry ini. #SoWhat?? erk~ =.=''
Baiklah, memandangkan esok akan bermulanya tahun 2012 so wa rasa ini entry terakhir lah untuk tahun ni kan. Happy New Year lah korang. Wa tak rasa New Year sangat pun coz wa tak rasa pun New Year (masihi punya calendar, I mean) pernah bg apa2 effect dekat wa. #lol


Tahun 2011 Dalam Kenangan.

Honestly, 2011 was really awesome! Yeah, really really. Banyak kenangan, banyak detik2 terindah tercipta di situ nampaknya. Winter break yg sangat panjang sampai dapat balik Malaysia 
sebab riots kat Egypt ni, dapat Mumtaz exam, kakak wa kahwin, and macam2 lagi. Termasuklah kehadiran dia dalam hidup wa. kih3.  

Semua detik tu mungkin takkan berulang. Syukur, Alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah bagi. Alhamdulillah atas nyawa yg masih dipinjamkan sehingga kini. (Y)



Exams and Winter Break.

Ehem2. Mode serius ON.

Disebabkan Mid Term Exam semakin hampir, maka ketika ini wa tengah busy untuk mempersiapkan diri untuk pergi berjuang. Haiyakkk! Tolong doakan wa, bley? Jadual exam wa adalah seperti berikut:



19 Jan 2012 : Physiology
22 Jan 2012 : Biochemistry
24 Jan 2012 : Histology
26 Jan 2012 : Anatomy

27 Jan 2012 : WINTER BREAK! 

Pffffftttt. Tapi malangnya wa belum plan apa2 untuk cuti kali ni. Classmates wa plan pegi Luxor & Aswan, tp atas sebab2 tertentu wa x dapat join. Sobsss~ :'(
p/s: Sponsors needed! huuhu



Give Away 2012

By the way, this upcoming year.. My fren And I gonna make a Give Away (GA). ( First time, ini pun sebab kawan wa yg ajak join. lol ) But tengok kepada sambutan lah jugak. So, if anyone interested, just tell me yah. Oh ya, if anyone wanna be a sponsor, and join our GA ni pun plz tell me. Okay? ;)

If tiada aral melintang, GA ni akan berlangsung after Mid Term exam kami. But akan tutup pada bulan July 2012 coz at that time we'll go back to Malaysia. Senang sikit utk urusan penghantaran hadiah. hehe. 

So, feel free to join, okay?!



Till then, Goodbye 2011 and Welcome 2012! Have a blast! 




Friday, November 18, 2011

"Mestilah aku nda sabar mau kahwin..."








وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ 
عَلِيمٌ
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki atau perempuan. Jika mereka itu miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah itu amat luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.." 
~ An-Nur:32

___________________________________________________________________________________________________

2 weeks before wedding:

Aku : Oh ya, macam mana la persiapan kawin kau?
Kakak : Ok la jugak, tapi pasal pakej kahwin utk baju pengantin n pelamin tu ada masalah, bla bla bla.. org minta buat lain, dia pegi buat lain. bla bla bla.. sedih aku..
Aku : Oh yaka?? siannya kau..huhu

A few days after wedding:

Aku : Meh, ok la jugak majlis si kakak?
Umi : Ok juga, alhamdulillah. Tapi mula-mula tu ada masalah kn... Terpaksa pegi jumpa balik tu org bla bla bla~
Aku : Jadi, ok la jugak?
Umi : Ok, tapi lepas majlis tu, kami lupa kasi masuk tu kerusi dekat pelamin tu. Habis kena gigit anjing sebab kena kasi tinggal di khemah luar. 
Adik : (menyampuk) Tu la tu, BALASAN! hahahahha
Aku & Umi : LOL. XD (kesian juga dalam hati)

____________________________________________________________________________________________________

Nuurul Atiyyah Abdul Razak & Mohd. Irol
11 NOVEMBER 2011
( 11.11.11)

















Dear My One and Only Elder Sis,

After this, mungkin kau akan tiada di rumah kalau aku cuti.
After this, kau mungkin susah mau bagi komitmen untuk adik2.
After this, kau mungkin tidak akan kongsi bilik dgn aku lagi.
After this, kau mungkin jarang share apa2 dgn aku lagi.
After this, kau mungkin tidak akan nangis kalau aku fly pegi mana2 lagi.
After this, kau mungkin nda dapat teman aku pegi jalan2 lagi.
And paling la kn, after this, kau mungkin nda akan cakap lg sama aku..
"Kau mesti rindu aku ni kan, dutttt..??? :p "

'Coz..

From now on, kau sudah jadi milik orang. 
From now on, kau sudah jadi isteri orang.
From now on, kau sudah jadi mama org.
From now on, kau sudah kena bg komitmen utk keluarga sendiri.
From now on, kau sudah ada tanggungjawab besar.

So,
 Aku harap kau dapat jadi isteri yg solehah.
Aku harap kau dapat jadi ibu yg solehah.
Aku harap kau dapat bagi komitmen penuh dalam rumahtangga.
Aku harap kau tabah dalam apa-apa pun dugaan.
Aku harap kau bahagia sampai ke syurga.
Nda lupa..
Aku harap kau dapat bg  anak buah aku bertambah lagi sorang ASAP! kekekeke :D


p/s: Selamat suda kau kawin, terlunas suda ketidaksabaran kau mau kawin hari tu. :p
psssstttt.... pasni turn aku lagi kan? XD








Wednesday, September 7, 2011

Special Entry: For YOU, ONE and ONLY.

Assalamualaikum & Hye.




Idon'tknowwhereshouldistartcozI'mnotgoodtoexpressitbywords.SoI'lljustwriteitlikethiscozI'mabitshytotalkaboutyou.kononkononnyalah.hehe.justreadit,okay?Haha.sorrydear.siannyakamukenapeningpeningbacapostnih.Dunworry,I'mnotgonnatalkmuch.enoughtotellyouthatI'mverygratefultoknowyou.I'mveryhappytohaveyou.Thingsarenoteasyforus,somuchobstaclethatwe'vebeenthrough.Ihopethatsemuatuberbaloi.Havesomefaithonus.keepremindingme.keepguidingme.Imaynotperfect,we'renotperfect.That'swhyIneedyou,andthat'swhyyouneedme.hehe.Butthisisonlythebeginning,andbothofuswantahappyending.Soletsworkhardtogether.Focusonwhatweshouldnow.Longwaytogo,right??Tapijgnflirtingdenganoranglainpulak,siapkamu. :p

Okaylah,sayandamawcakaplagi.Ohya,selamatber'attachment'esok.Ingatpesansaya,bewareofnurses.haha.Bytheway,i'vesomethingtotellyou.Wohenxiangnianniairen. :D


Yourssincerely,
orangyangberterimakasihdengankamu
sebabsudimakanaiskrimmanggabersamasamadiawalaupunaiskrimtumanis,
dandiatahukamutidaksukamakanbendamanis. :)










Monday, September 5, 2011

Alamak, belum wish raya lagiii..!!



Asslamualaikum & Hye.


Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan dgn rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu & ayah keriangan bersyukur x terkira..

p/s: ni lagu raya utk RAYA TAHUN DEPAN. sbb wa x balik raya kan. 



Wa ada jugak try2 pegi buat vlog utk wish raya, tp nampaknya macam org x betul, x natural.
So, manual cukup lah.
Dengan ini, wa ingin mengucapkan 


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 
buat ibu bapa, keluarga, rakan taulan yg mengenali diri ini. 
Andai tersilap bicara, terkhilaf perbuatan, tersalah sangka,
Mohon ampun dan maaf.
0-0 okay! 
:)

_____________________________________________________________________________________________________________________________________


And special punya maaf buat hamba Allah ini yg telah kata wa bertrip hebat:


click for rapid growth



Wa x kenal pun dy ni siapa. Dari mana, tp yg wa tau, dy ada request utk jd frens ngan wa. Tp wa x accept. Dy baru wat acc tu 22 Aug, n hantar msg kat wa 23 Aug. Cepat sgt lah pulak kalau sbb x accept request. Fren dy pun brapa kerat sangat. Info dy bdk SM All Saints pun wa xtaw nak percaya atau tidak. Yalah, bley tipu maa.. 


Btw, buat Encik James-whoever-you-are;

Sorilah kalau wa ni bikin panas ngan lu kan. Wa x perasan plak yg wa trip hebat, tp wa mmg xda niat utk trip hebat. Ka lu yg mmg rasa wa hebat?? Hihi. Kidding! Wa x hebat pun, serba kekurangan.. Lu lagi hebat. Lu maafkan wa okay, wa pun da maafkan lu. Oh ya, lupa, Slamat Hari Raya! Peace No War! 
(")(^_^)








Friday, August 19, 2011

Special Entry: For YOU, and YOU... (Part 2)

Assalamualaikum & Hye. 

Dear YOU 2;

Firstly, sorry for my sudden message in your Fb. It may bother you somehow, and I'm sure it really is. I don't know if you gonna read this or not coz I'm not sure if you know that I have a blog or not. Btw, it's okay. I gonna write it here, perhaps you'll read it someday. 


I don't have any idea how to start this actually, and about the Fb message; it really need some strength of mine to press the 'send' button. Sorry again sbb timbulkan balik hal ni, while you really2 wanna forget it. You broke your wings, and have to learn fly again.. It is hard, I know. But I do think it is compulsory for me to say something, coz silence sometimes doesn't mean okay. 



"I am certain that people never forgive because they believe they have an obligation to do it or because someone told them to do it. Forgiveness has to come from inside as a desire of the heart. Wanting to is the steam that pushes the forgiving engine."
Lewis B. Smedes 


Just like I said before, asking for forgiveness will never clear up things. But it doesn't mean it can't change anything. Maybe not the situation, coz we can't step back and start it over again, but between us, I hope it will change something.Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future.I hope xkan ada benda yg disimpan dalam hati, sampai bila-bila. If you really mad at me, just spill it out. At least I know, how it really feels. Please..  


I do know that if I'm sorry, I shouldn't do it. But I do know, that IF I could expect things, then I'll not do mistakes. I'm only a human being, who will, always, do mistakes. That's what we are, we are all human being, sis. And what we should do is just learn from that mistakes. 


To your friends, 
Sorry for ruin your beloved friend. Actually I was a bit suprised when you use that phrase, 'ruin'. I keep blaming myself, is that really what I am doing? So, its worst than what I've expected. Sorry, sorry, much sorry. I do understand how it feels to see your beloved one hurts. And you know what, I adore all of you, coz you really love her, that's why it hurts you too. 

To you, 
I know things will be hard for you, so do I. I'm not that happy since I've hurt someone else, which is you. I know you wanna get rid of me, doesn't want to remember any single things about me. You keep it silent, in a small corner in your broken heart. But sis, sejauh mana pun kita lari, in fact kita sure akan terjumpa juga each other, maybe tidak selalu, tapi there will be, someday. It'll be a bit awkward, tp at least not much as we are now. 


I'll not talk much, coz the more I talk, the more it gonna hurts you. I just hope that you'll forgive me, satu hari nanti. It takes time, but its okay. I can endure that pain. I'll be waiting, always waiting. And when you already have it for me, hope that you would let me know. Its my fault, and that's why I deserve this. Thanx for reading my message, thanx for spending your precious time to read this note. I appreciate it. And again, sorry.


Wishing you a great blessings of Him, wherever, in whatever n whenever you are. Hope you'll be happy with someone in the future. Always pray for you...


p/s: Sy tau, apa-apa pun yg sy cakap is meaningless for now. Everything will not be right and people will keep talking about me. I understand, coz that's the risk I've to take when I did mistakes.

p/s/s: Sis, you may lost someone you love, but look.. You have such a wonderful friends, who really2 love you.. It's the most wonderful gift from Him, and yes, it make me some kind of jealous.. :') 



Yours Truly,
The one who's seeking for your forgiveness.



Nothing worth doing is completed in our lifetime;
Therefore, we are saved by hope.
Nothing true or beautiful of good makes complete sense in any 
immediate context of history;
Therefore, we are saved by faith.
Nothing we do, however virtuous, can be accomplished alone;
Therefore we are saved by love.
No virtuous act is quite as virtuous from the standpoint of our friend or 
foe as from our own;
Therefore we are saved by the final form of love, which is forgiveness.







Wednesday, May 11, 2011

Final Exam Mode Started.



Assalamaualaikum & Hye.

Tomorrow (11th May 2011) will be the first day for my Final Examination in Zagazig University.
And I was like..


OMG! Its time! No more day dreaming.

Yup, its T.O.M.O.R.R.O.W!!

Oh, got to study now. Wish me luck!
Opps, before that.. 
I'm sorry for all my mistakes. 
Yang sengaja, yg tidak disengajakan, or yg sengaja tp buat2 seperti tidak disengajakan. 
hehe. 0-0 okeh??

p/s: To my beloved family, doakan kak Ngah! takut ni.. (+_+)

____________________________________________________________

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
_____________________________________________________________


Chow shin chan!! 







Friday, February 11, 2011

I'm HOME..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, wa da slamat smpai ke tanah air (KKIA)  pada 9 Februari 2011, pkul 8.30 am.

I dun wanna tell u bout my journey back to hometown.. coz many of my frenz have done it..  eheh, pegi tgk Blog Lists yg Future Doctors kat tepi nih.. Mmg mostly dorg ada buat psl tu.. Dorg rajin, wa mmg pemalas cket mau story mory nih.. Heheh. [ patut wa xkurus2..=.="]

But, ada sumting yg wa confuse sbnrnya.. Doha ni negara apa actually..?? Haritu kn flight wa transit kat cni. Mcm Malaysia plak wa tgk.. BERBILANG KAUM..!! seryes! Sbb wa pon blank2 tba2 ada org speaking Malay ngan wa.. 
*pfftt!!! Mmg trok la ko nih, umu..!!*

Click for rapid growth.


So, no wonder la ramai imigrant.. Begini rupanya..hehe. 

At Doha International Airport..
[ siap bersila tepi public phone smata-mata cari plug utk on9..XD]

Pengajaran: Do make some research before you go to any foreign countries.. (+_+)

Last but not least, many thanx to Sabah Government la coz sponsor ticket kami suma.. Atas usaha mereka yg sanggup turu padang utk sambut kami kat airprt.. even yg flight pkul 1.oo am..!!Walaupun group kami xsmpat kena blanja KFC.. huk3~ totemo arigatou ne..!! Also to Malaysia Government.. arigatou ne.. 
Thanx to sesiapa yg menyumbang secara langsung or tidak langsung.. Family, kawan2.. yg doakan wa slamat sampai..hehe.. jazakallahu khairan kathira..




Harapan wa,

Semoga Mesir kembali aman seperti sediakala...
Semoga pihak universiti wa consider dgn keadaan skarang..
Semoga Hosni Mubarak lepaskan Mesir dgn rela hati & ikhlas..
Semoga kami semua dpt sambung study balik kat sana.. 
Semoga dunia dpt mengambil pengajaran drpd apa yg berlaku..


Ibnul Jauzi berkata, 
“Barangsiapa yang menginginkan selalu mendapatkan kekekalan dan kesejahteraan tanpa merasakan cubaan, maka dia belum memahami hakikat hidup dan penghambaan diri kepada Allah.”