The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!
Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

PENDIDIKAN EKSKLUSIF VS INKLUSIF


*[Post serious. Pendapat serious. Seriously, karangan. He he he.] 


Apa itu Pendidikan Eksklusif & Pendidikan Inklusif?

Pengertian EKSKLUSIF:
·         (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. –Kamus Dewan Edisi Keempat
·         adj 1. limited to, catering or reserved for a privileged minority, 2. limited to the person or group mentioned, the ~ privileges of the upper class, hak-hak istimewa kelas atasan 3. (of story, interview, etc published in a magazine or newspaper), 4. incompatible, berbeza sama sekali. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Pengertian INKLUSIF:
·         adj 1. Including, termasuk, 2. Including much or all, merangkumi semua, 3. Including the things mentioned, termasuk. –Kamus Inggeris-Melayu Dewan


                1.            Pendidikan Eksklusif dan Kelebihannya.

            Pendidikan Eksklusif merupakan sistem pendidikan yang terhad dan diberikan kelebihan istimewa serta diteliti sistemnya secara lebih mendalam dan lebih komprehensif dalam memastikan kualiti pelajar (produk) yang lebih tinggi, menepati kehendak semasa.
Contoh: Sekolah bestari, sekolah berasrama penuh, sekolah khusus (agama), dsb.



Kini, fenomena pendidikan eksklusif/elite  menjadi trend dalam kalangan masyarakat khususnya ibubapa sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak mereka dengan harapan melihat mereka berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita. Sistem pengajian yg lebih eksklusif ini jika dibandingkan dengan pengajian yg lebih inklusif (cth: sekolah harian biasa) diberikan kelebihan yang agak ketara, maka tidak hairanlah jika ada antara ibubapa yg berpusu-pusu untuk mendaftar anak-anak mereka di sana.

Antara kelebihan yg diberikan ialah syarat-syarat kemasukan ke sekolah terbabit yang memerlukan keputusan UPSR/PMR yang cemerlang. Secara tidak langsung, ia mengumpul pelajar-pelajar cemerlang dalam satu tempat untuk bersaing dengan lebih hebat. Kebanyakan sekolah yg terlibat juga memerlukan pelajar untuk tinggal di asrama sekolah untuk melahirkan insan dan pemimpin yang berdikari. Selain itu, tenaga pelajar yang dibawa masuk turut menyumbang dalam kecemerlangan sekolah, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada guru-guru cemerlang, mempunyai pengalaman dan dianugerahkan sebagai guru cemerlang dari sekolah inklusif dan dibawa masuk ke dalam sekolah eksklusif/elite.

Tidak kurang juga, sekolah-sekolah ini juga diberikan perhatian yang lebih dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur untuk memberikan suasana yg lebih selesa untuk pembelajaran. Secara tidak langsung, keputusan peperiksaan awam yang diperolehi adalah cemerlang, serta membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ditambah pula dengan nama-nama sekolah yang nampak gah pada mata rakyat khususnya para penaja biasiswa pengajian.

Apa pula yang terjadi pada pelajar di sekolah inklusif?

Tidak dapat dinafikan, para pelajar di sini agak kekurangan dan tidak diberi perhatian yang lebih. Ramai lepasan sekolah terbabit melahirkan rasa kecewa kerana pandangan masyarakat yang kadangkala rendah pada mereka, disebabkan terkenal dengan masalah sosial pelajar, dan juga reputasi keputusan peperiksaan yang tidak se-gah mereka di sekolah ekslusif/elite.

Persoalan 1: Mengapa perkara ini boleh terjadi?  Puncanya??




2.       Kepincangan yang Tidak Disedari

Sudah menjadi fitrah, setiap perkara yang dilakukan mempunyai pro & cons –nya yang tersendiri.  Kemudahan dan kelebihan yang disalurkan semakin lama menjadikan sesetengah pelajar di sekolah terpilih ini tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat lain di luar sekolah. Ini kerana hampir 90% daripada mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Mereka dididik untuk bersaing sesama sendiri, tetapi tidak kepada bangsa lain yang diketahui umum tidak kurang hebatnya. Ia sedikit sebanyak menutup skop pemikiran pelajar untuk berfikir ‘out of the box’.

         Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang turut gagal untuk mendisiplinkan diri apabila berada di universiti, gagal menguruskan masa, pincang di tengah jalan, dsb kerana sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama dan mengalami ‘culture shock’ sejurus selepas ‘dibebaskan’ daripada peraturan asrama yang ketat sebelum ini. Berbanding dengan  pelajar sekolah harian, mereka mampu mengatasi masalah tersebut atas kehendak dan disipilin yang dipupuk dalam diri sendiri disamping pemerhatian daripada ibubapa sendiri.

           Melalui pengalaman saya sendiri, sekolah terpilih turut mendapat maklumat secara terus, tidak kira dalam hal peperiksaan mahupun lain-lain melalui guru-guru yang juga kebanyakannya terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa, panelis, dan juga pembuat soalan peperiksaan awam. Namun berbeza pula pada sekolah-sekolah lain (inklusif), yang kurang mendapat informasi terkini atas sebab kurangnya tenaga pengajar yang terlibat dalam organisasi pendidikan kebangsaan.

Ini menimbulkan persoalan yg ke-2 di benak fikiran:
Adilkah dan adakah kecemerlangan yang diperolehi di sekolah-sekolah eksklusif ini benar-benar atas kebolehan para pelajar itu sendiri?

            3.    Ibarat Kacang Lupakan Kulit. 

Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.



Di manakah silapnya? 

                   
4.       Pendidikan Efektif Dikongsi Bersama.          

Peribahasa Melayu ada menyebut; ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Konsep pendidikan dari luar dan dalam perlu diterapkan agar dapat melahirkan generasi yang berdaya saing, maju ke hadapan, berfikiran terbuka, dan mampu berdiri di atas kaki sendiri  di dunia yang sebenar. Didikan yang efektif adalah daripada diri sendiri, usaha yang gigih apabila mereka kekurangan serba-serbi, dan berjaya mengatasinya sendiri. Adakah kita  memerlukan generasi yang manja dan tidak berkredibiliti untuk bertindak di saat negara dilanda masalah? Sudah tentu tidak.

                Namun, perlu saya nyatakan di sini, pelajar di sekolah harian ada yang cemerlang, ada juga yang lemah prestasinya. Tidak seperti di sekolah eksklusif/elite, sudah menjadi kemestian untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Maka tidak hairanlah, sebilangan besar pelajar yang mencipta hatrik dengan pencapaian luar biasa adalah dari sekolah harian seperti Nur Amalina Che Bakri, 17A SPM 2004, Nadiah Amirah Jamil, 18A, SPM 2006, Siti Fatimah Mokhtar, 18A SPM 2006 dan Nik Nur Madihah Kamil, 20A, SPM 2008. Ini jelas membuktikan, bahawa kemudahan yang hebat dan title sekolah yang gah bukanlah faktor utama mencapai  kejayaan.

Ingin saya turut kongsikan pendapat kenalan saya;

                ‘’ Exclusivity will cause obsessions & egoisms. Instead of creating more elite places with elite students plus elite teachers, why not distributing the elite teachers all over the country. Being fair to all and create more chances to increase the probabilities of creating more excellent students all over the country. Inclusivity overcoming Exclusivity will stop the concept of rich being richer, the poor being poorer.”

                Oleh itu, seharusnya sistem pendidikan kita bersifat inklusif, bukan lagi eksklusif. Demi melahirkan anak-anak bangsa kita, khususnya anak Melayu kita yang dikasihi daripada  ketinggalan dalam memajukan diri. Tenaga pengajar yang pakar seharusnya dimanfaatkan untuk semua agar seimbang dan tidak wujud diskriminasi dan perbezaan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak dikumpulkan, sekali gus dapat membantu dalam prestasi semua sekolah dan mencantas pandangan enteng sesama pelajar. Maka, daya saing dan skop pemikiran akan lebih berkembang berbanding berada di tampuk yang sama, bersaing sesama sendiri. Perhatian secara sekali gus oleh kerajaan dalam pendidikan juga boleh diberikan secara sama rata, agar yang kurang menjadi sempurna, yg sempurna menjadi lebih baik. 

            Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia! 

p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)


~~Nukilan melalui pengalaman & pemerhatian dari diri sendiri, tidak ada kaitan dengan sesiapa, hanya pendapat sebagai pemerhati. Sekian. ~~

Friday, May 18, 2012

Ku Harap Dia Mengerti..






Saat ini 
aku termenung
menembusi jendela kehidupan 
melayari segenap kebenaran

Saat ini 
aku terpaku
betapa sukar menjaga bunga nan mekar
agar tidak layu dek dahagakan kesabaran

Sedangkan bunga itu juga perih
meniti segenap kudrat yg ada
untuk terus hidup menghiasi taman
agar bisa membuat si pekebun gembira
setiap hari, setiap masa.

Biarkan..
biarkan dirinya dibasahi hujan
biar dia ditampar angin nan kencang
namun dia tetap dia
tetap teguh di situ
menanti si pekebun datang 
membawa senyuman hingga ke petang

Adakalanya ada kumbang yg ingin menjengah
tetapi langsung ditepis
Adakalanya ada serangga yg menyinggah
tetapi langsung dia menghayun diri
Agar mereka jatuh ke bumi
agar dia tidak mati
agar si pekebun tidak menabur benci

Namun saat ini entah mana silapnya
Entah bagaimana diri sendiri tidak menyedari
Rupanya si pekebun sudah lama memerhati
Bunga yg mekar harumnya tiada lagi
rupa yg indah tarikannya kosong walaupun diteliti
Meski dia memujuk
si pekebun hanya berlalu pergi..
Mengharap sesuatu yg lebih
Sesuatu yg di luar kudratnya diri
Sesuatu yg tidak tercapai meski ingin diraih
kerana dia turut lemah, layu diduga Illahi...

Andai si bunga bisa bermadah cinta
Andai saja si bunga bisa berkalam bicara
Andai saja dia tahu apa yg tersirat di jiwa
Diri ini turut ingin merawat luka
Juga mahu memberi sepenuh hati padanya
Tidak pernah ada sekelumit niat membelakangi
Apatah lagi tidak menghormati
Cuma mungkin silapnya diri
Tidak peka menjaga diri
Tidak peka menjaga hati..






Saturday, August 13, 2011

Dear My Pink Little Diary,


Today I cried, a lot.
I dunno what's wrong
maybe the lacrimal gland is sad
releasing its secretion
non-stop.


Yesterday I cried, a lot.
I dun have any idea
Why should I.


The day before yesterday,
I did cry, a lot.
and it makes me wondering
Why, why, WHY?


The past.
I'm sure that's the answer.
Absolutely, your past.












Sunday, April 3, 2011

Wamemangtiadabakatjadikomposerlagu...

TETAP

Tika perasaan mengulit cinta                                                   
Tiada lagi rahsia
Rasa kasih di dalam jiwa

Pabila hubungan semakin erat
Hati pun mula terikat
Hilanglah segala nestapa

Mengapa harus kita berjumpa
Mengapa harus berjanji setia
Ketika dia menantimu di sana

Mengapa engkau  menyulam rasa
Mengapa aku menjadi mangsa
Mimpi indah di senjakala cuma

Sayang, masa kan terus berputar
Harapan semakin menyinar
Mendamba cita yang kan dikejar

Ingatlah rasa itu mainan jiwa
Kiranya kita terleka
Punahlah syurga cinta kita

Mengapa harus kita berjumpa
Mengapa harus berjanji setia
Ketika dia menantimu di sana

Mengapa engkau menyulam rasa
Mengapa aku menjadi mangsa
Mimpi indah di senjakala cuma

Namun ku tetap di sini
Sedia menghibur hati
Andainya kau sunyi

Biarpun apa terjadi
Andai jodoh ada pasti
Kita kan temui....


~sang pencinta_eusar~
~ 19 Mac 2011, 07.19pm ~







p/s: Wa respect aa kat semua komposer lagu yg menang AJL or awards lain..
p/s/s: Hargailah hasil kerja seniman kita. (^_^)

Tuesday, March 15, 2011

Di Kala Itu..



Ku hirup udara segar pagi ini
Mengharap selalu                                          
Hati tenang mengulit gembira
Damai.. tiada resah
Tiada gelisah


Ku pandang setiap sudut dunia    
Ada jalan yang buntu
Kadangkala ku keliru
Ke mana hilangnya sinar
Ke mana perginya damai


Langkah ku teruskan
Merangkak meniti hari
Kerana leka aku tersasar
Kerana indah aku hanyut


Kala itu... 
minda terpaut
pada timbunan risalah ilmu
adakah sudah tiba saatnya
untuk ku berlayar ke sana


Meski jasad masih di sini                            
namun hati sudah menatap 
untaian kenangan di sana..


Ardhu kinanah menanti
si pengemis ilmu untuk kembali...


Will be there soon..


Going back to egypt on 20th March 2011... 

BKI-KUL MH2663 [DEP:1000 ARR:1225 ]

KUL-DXB MH162 [DEP:1400 ARR:1730]

DXB-CAI MS911 [DEP:0435 ARR0640]...







Friday, March 4, 2011

Soal Hati : LOVE is a GAME


Assalamualaikum.


"Falling in love is awfully simple, but falling out of love is simply awful.."


Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never... never forget it.


Lately, I did realised that many people were in love. And 80% of them have been hurt  by this 
awesome-awful-feelings, instead of being happy to have them. 
Why did this happened??

Love was well known as it could make ur hearts feel better, 
cheer up your day, make u have a non-stop dreaming. 
Paling senang, mandi x basah, makan x kenyang, tidur xlena la.. Tp kalau putus cinta pun, mandi xbasah jugak, makan x kenyang jugak, tidur pun xlena jugak. 
So..??? How was that actually..?? (=.=")
_____________________________________________________________________________

I don't want to keep babbling here without giving out some points. 
I juz wanna say..


If love only could make you hurt, so please leave it.

If love never make your heart calm, its not love.

If love couldn't change yourself into a better person, don't you ever call that it is love.

If you think that love will only gives you happy, it'll let you know that it gives you pain too.

If you think that you can't be loyal in loving, leave them before you heart them.

If you think you can't take care of someone's heart, don't you ever give them hopes.

If you think you are strong enough, lets see if you could stand up after you get dumped by love.

And if you could face the obstacles that love gives you, so you're strong enough to face this life.

If you are in love for the 1st time, do make some research about them.

If you have broken up, do be grateful coz you didn't chose the wrong mate.

If you've never been in love, don't be scared to try them, coz you may learn something from it.

So, lets see, if u could WIN or LOST in this game.


Nota Cinta:

Jika  anda dipermainkan dgn cinta, janganlah bersedih.. 
ingatlah si dia kerana dia pernah menggembirakan hari-hari anda.

Jika anda mempermainkan cinta, janganlah berasa bangga.. 
kerana hidup ini qisas.. anda mungkin akan mhadapinya satu hari nanti..

Jika anda kata anda anti kepada cinta, janganlah terlalu yakin..
kerana cinta itu tidak mengenal siapa.. datangnya tanpa diundang, perginya terasa hilang..

Jika anda yakin si dia bidadari di jiwa namun masa belum tiba, bersabarlah..
kerana masa mampu mengubah segalanya..

Dan jika anda belum jumpa dia yg bertakhta tercinta, yakinlah..
Allah Maha Mengetahui segalanya.. serahkanlah cintamu kepadaNya sebelum cinta manusia.
Kerana Dia lebih mencintaimu, lebih daripada si dia.  




p/s: Wa bukan nak jd minah jiwang, cuma wa rasa sedih mengenang nasib diri yg serupa dgn mereka, especially pompuan.. Hik3~



Friday, January 7, 2011

Behave Yourself, BUT Be Yourself..


Kita slalu dgr pkataan HIPOKRIT, CONTROL, BAJET, or etc.. And semua ni berlaku apabila kta berada di tempat yg commonly ramai org la.. Ataupun di hadapan org yg kita MALU utk tunjukkn peangai sebenar kita.. Am I rite? Kalo salah tlg tunjukkan...




Actually wa pun xtau napa wa nk cakap bnda nih. Maybe people gonna say:

" Ummu, u're lying la.. how come u could be urself at all time.." or..

" Hey, aku tgk ko control gak depan org.. Cakap x serupa bikin maa~" or..

" Lu suka bergaya jugak, bkn tu bajet cun ke..??"

"Cermin diri sendiri dulu, lu cakap lu buat ke? Haiyaa~ "


Hmm.. yup, I'm honestly saying dat ..
X semua bnda yg sy cakap sy bley buat. 
X semua perkara yg sy tegur, sy x buat. 
X semua yg sy cakap baik, sy ikut. 


But I'm just trying utk..
Sampaikan apa yg sy tahu..
Giving my opinions..
Bg dorongan kpda diri sendiri, utk berubah kpda yg lebih baik.
Maybe agak tidak istiqamah, sbb tu nampak mcm HIPOKRIT..tp sy masih mcuba.
Dan kpda anda utk sama2 fikir, n nilai sendiri di mana level kita.. sebagai muhasabah bersama...




Itu yg sy mahu. Sy tau sy budak jahat. Sy bkn budak baik. Sy suka cuba benda baru. 
Sy suka tampil dgn penampilan yg sy rasa selesa. Sy sgt2 lah x perfect.
Sy x secerdik anda. Sy x sebaik anda. Sy x secantik anda. Sy x lemah lembut mcm anda.
Kdg2 sy ketawa terbahak-bahak. Kdg2, sy mkn/ minum bdiri. [ hehe, kantoi di situ.. ]
Kdg2 sy bersila/bersimpuh atas kerusi tym kuliah. Sy xpeduli apa org ckp. 
Coz sy x pandai control. Sy mmg x sesopan anda. (+_+)

Tp, sy hanya cuba utk menjadi diri sy sendiri.
Sy x suka utk pretend as budak baik sdgkn sy tahu, sy bkn cmtu.
Sy x mau act ayu or lemah lembut dpn lelaki juz utk show off sy ni perempuan Melayu terakhir.

N lg 1..Sy belum dpt mjadi muslimah sejati. 
Or yg pling sy takut bila org ckp..
Nama dah SOLEHAH, tp perangai x seindah nama.

Oh, pembetulan di situ. Nama itu adalah doa, dan sy sgt bterima kasih jika anda memanggil sy dgn nama itu kerana ia adalah doa utk sy. Semoga satu hari nanti, nama itu akan sebati dgn jiwa sy..amiin~ =)



* I did try.. a long time ago. And u noe wat..? Its tiring~~

I did said that I AM A GOOD PRETENDER. But in those kind of things stated above,
 I LOST.




So, jika anda mahu mgkritik sy, silalah beri kritikan dgn cara yg boleh sy terima dan berhikmah. Tidak perlu disusuli dgn lirikan mata yg menusuk jiwa. X perlu berbuih mulut utk membincangkan masalah sy dgn org lain.. Direct kpda sy, arasso..?? Sy agak sensitif sbnarnya.. so, if sy trus senyap slpas ditegur, sy minta maaf. Kemungkinan masih dlm proses menyiapkan diri n minda. 

Sy sayang anda. Jika anda syg sy, tegurlah sy...jika tidak, itu hak anda. Semoga Allah merahmati kalian..
(^_^)


p/s: Ini bukan entry emo. Juz wa nak betulkan + luahkan perkara yg tersirat di hati.. Ehehe.




Friday, March 5, 2010

HATI...=)








Hati,

Dikala hatiku masih berbolak balik,

Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,

Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu