The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

PENDIDIKAN EKSKLUSIF VS INKLUSIF


*[Post serious. Pendapat serious. Seriously, karangan. He he he.] 


Apa itu Pendidikan Eksklusif & Pendidikan Inklusif?

Pengertian EKSKLUSIF:
·         (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. –Kamus Dewan Edisi Keempat
·         adj 1. limited to, catering or reserved for a privileged minority, 2. limited to the person or group mentioned, the ~ privileges of the upper class, hak-hak istimewa kelas atasan 3. (of story, interview, etc published in a magazine or newspaper), 4. incompatible, berbeza sama sekali. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Pengertian INKLUSIF:
·         adj 1. Including, termasuk, 2. Including much or all, merangkumi semua, 3. Including the things mentioned, termasuk. –Kamus Inggeris-Melayu Dewan


                1.            Pendidikan Eksklusif dan Kelebihannya.

            Pendidikan Eksklusif merupakan sistem pendidikan yang terhad dan diberikan kelebihan istimewa serta diteliti sistemnya secara lebih mendalam dan lebih komprehensif dalam memastikan kualiti pelajar (produk) yang lebih tinggi, menepati kehendak semasa.
Contoh: Sekolah bestari, sekolah berasrama penuh, sekolah khusus (agama), dsb.



Kini, fenomena pendidikan eksklusif/elite  menjadi trend dalam kalangan masyarakat khususnya ibubapa sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak mereka dengan harapan melihat mereka berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita. Sistem pengajian yg lebih eksklusif ini jika dibandingkan dengan pengajian yg lebih inklusif (cth: sekolah harian biasa) diberikan kelebihan yang agak ketara, maka tidak hairanlah jika ada antara ibubapa yg berpusu-pusu untuk mendaftar anak-anak mereka di sana.

Antara kelebihan yg diberikan ialah syarat-syarat kemasukan ke sekolah terbabit yang memerlukan keputusan UPSR/PMR yang cemerlang. Secara tidak langsung, ia mengumpul pelajar-pelajar cemerlang dalam satu tempat untuk bersaing dengan lebih hebat. Kebanyakan sekolah yg terlibat juga memerlukan pelajar untuk tinggal di asrama sekolah untuk melahirkan insan dan pemimpin yang berdikari. Selain itu, tenaga pelajar yang dibawa masuk turut menyumbang dalam kecemerlangan sekolah, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada guru-guru cemerlang, mempunyai pengalaman dan dianugerahkan sebagai guru cemerlang dari sekolah inklusif dan dibawa masuk ke dalam sekolah eksklusif/elite.

Tidak kurang juga, sekolah-sekolah ini juga diberikan perhatian yang lebih dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur untuk memberikan suasana yg lebih selesa untuk pembelajaran. Secara tidak langsung, keputusan peperiksaan awam yang diperolehi adalah cemerlang, serta membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ditambah pula dengan nama-nama sekolah yang nampak gah pada mata rakyat khususnya para penaja biasiswa pengajian.

Apa pula yang terjadi pada pelajar di sekolah inklusif?

Tidak dapat dinafikan, para pelajar di sini agak kekurangan dan tidak diberi perhatian yang lebih. Ramai lepasan sekolah terbabit melahirkan rasa kecewa kerana pandangan masyarakat yang kadangkala rendah pada mereka, disebabkan terkenal dengan masalah sosial pelajar, dan juga reputasi keputusan peperiksaan yang tidak se-gah mereka di sekolah ekslusif/elite.

Persoalan 1: Mengapa perkara ini boleh terjadi?  Puncanya??




2.       Kepincangan yang Tidak Disedari

Sudah menjadi fitrah, setiap perkara yang dilakukan mempunyai pro & cons –nya yang tersendiri.  Kemudahan dan kelebihan yang disalurkan semakin lama menjadikan sesetengah pelajar di sekolah terpilih ini tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat lain di luar sekolah. Ini kerana hampir 90% daripada mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Mereka dididik untuk bersaing sesama sendiri, tetapi tidak kepada bangsa lain yang diketahui umum tidak kurang hebatnya. Ia sedikit sebanyak menutup skop pemikiran pelajar untuk berfikir ‘out of the box’.

         Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang turut gagal untuk mendisiplinkan diri apabila berada di universiti, gagal menguruskan masa, pincang di tengah jalan, dsb kerana sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama dan mengalami ‘culture shock’ sejurus selepas ‘dibebaskan’ daripada peraturan asrama yang ketat sebelum ini. Berbanding dengan  pelajar sekolah harian, mereka mampu mengatasi masalah tersebut atas kehendak dan disipilin yang dipupuk dalam diri sendiri disamping pemerhatian daripada ibubapa sendiri.

           Melalui pengalaman saya sendiri, sekolah terpilih turut mendapat maklumat secara terus, tidak kira dalam hal peperiksaan mahupun lain-lain melalui guru-guru yang juga kebanyakannya terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa, panelis, dan juga pembuat soalan peperiksaan awam. Namun berbeza pula pada sekolah-sekolah lain (inklusif), yang kurang mendapat informasi terkini atas sebab kurangnya tenaga pengajar yang terlibat dalam organisasi pendidikan kebangsaan.

Ini menimbulkan persoalan yg ke-2 di benak fikiran:
Adilkah dan adakah kecemerlangan yang diperolehi di sekolah-sekolah eksklusif ini benar-benar atas kebolehan para pelajar itu sendiri?

            3.    Ibarat Kacang Lupakan Kulit. 

Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.



Di manakah silapnya? 

                   
4.       Pendidikan Efektif Dikongsi Bersama.          

Peribahasa Melayu ada menyebut; ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Konsep pendidikan dari luar dan dalam perlu diterapkan agar dapat melahirkan generasi yang berdaya saing, maju ke hadapan, berfikiran terbuka, dan mampu berdiri di atas kaki sendiri  di dunia yang sebenar. Didikan yang efektif adalah daripada diri sendiri, usaha yang gigih apabila mereka kekurangan serba-serbi, dan berjaya mengatasinya sendiri. Adakah kita  memerlukan generasi yang manja dan tidak berkredibiliti untuk bertindak di saat negara dilanda masalah? Sudah tentu tidak.

                Namun, perlu saya nyatakan di sini, pelajar di sekolah harian ada yang cemerlang, ada juga yang lemah prestasinya. Tidak seperti di sekolah eksklusif/elite, sudah menjadi kemestian untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Maka tidak hairanlah, sebilangan besar pelajar yang mencipta hatrik dengan pencapaian luar biasa adalah dari sekolah harian seperti Nur Amalina Che Bakri, 17A SPM 2004, Nadiah Amirah Jamil, 18A, SPM 2006, Siti Fatimah Mokhtar, 18A SPM 2006 dan Nik Nur Madihah Kamil, 20A, SPM 2008. Ini jelas membuktikan, bahawa kemudahan yang hebat dan title sekolah yang gah bukanlah faktor utama mencapai  kejayaan.

Ingin saya turut kongsikan pendapat kenalan saya;

                ‘’ Exclusivity will cause obsessions & egoisms. Instead of creating more elite places with elite students plus elite teachers, why not distributing the elite teachers all over the country. Being fair to all and create more chances to increase the probabilities of creating more excellent students all over the country. Inclusivity overcoming Exclusivity will stop the concept of rich being richer, the poor being poorer.”

                Oleh itu, seharusnya sistem pendidikan kita bersifat inklusif, bukan lagi eksklusif. Demi melahirkan anak-anak bangsa kita, khususnya anak Melayu kita yang dikasihi daripada  ketinggalan dalam memajukan diri. Tenaga pengajar yang pakar seharusnya dimanfaatkan untuk semua agar seimbang dan tidak wujud diskriminasi dan perbezaan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak dikumpulkan, sekali gus dapat membantu dalam prestasi semua sekolah dan mencantas pandangan enteng sesama pelajar. Maka, daya saing dan skop pemikiran akan lebih berkembang berbanding berada di tampuk yang sama, bersaing sesama sendiri. Perhatian secara sekali gus oleh kerajaan dalam pendidikan juga boleh diberikan secara sama rata, agar yang kurang menjadi sempurna, yg sempurna menjadi lebih baik. 

            Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia! 

p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)


~~Nukilan melalui pengalaman & pemerhatian dari diri sendiri, tidak ada kaitan dengan sesiapa, hanya pendapat sebagai pemerhati. Sekian. ~~

Sunday, May 8, 2011

Doa Rabia'tul Adawiyah..




"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku..."


Amin, Ya Rabbal 'Alamin..









Sunday, May 1, 2011

HE LOVES ME, and loves you too..!



Assalamualaikum & Hye.


Sedang-sedang aku sibuk menelaah buku Anatomy,
di suatu malam yg suram.. lebih kurang sekitar pukul 3 pagi.. Tiba-tiba..

Ding! Ding! Ding! Ding....!!!!!!!!!!
*bunyi gas kena ketuk*
Aku rasa mcm tu la bunyi dy. haha.

Yup, tu la cara orang jual gas di bumi Mesir ni.
Tapi, mmg sejakduamenjaktigamenjak ni, ada krisis gas di Zagazig..
Masuk hari ni da dekat seminggu tiada gas di rumah, n sasaran ialah rice cooker rumah.
Terima kasih wahai encik rice cooker kerana mnjadi tempat kami bergantung nasi.  (=.=")


_________________________________________________________________________________



Okay okay okay, STOP ummu. 
Actually, aduan di atas hanya sampingan. 
Main point entry wa harini mau share a video from You Tube. 
Suka tengok You tube kn? So, jom tengok.. 
Tapi sorry la, ni bkn video Kpop / cara2 pakai shawl / maharaja lawak.. 
Maybe da ada org yg da tengok, so up to u all la mau tgk lg or tidak kn.. (^^,)

Bg yg rasa2 blum tengok,
Wa mintak korg TOLONG TENGOK kejap.. kejaaaaapppp ja pun.. 
Only for 5 min n 27 sec..
Okay..??
Here you are...

p/s: Click the PAUSE button for my mini Mp3 kat sebelah. Tenkiu! 




Dulu time wa pegi BTN, dorg cakap..
Jangan tanya NEGARA apa yg mereka dah buat utk kita, tp tanya DIRI apa yg kita da buat utk NEGARA..
But kali ni wa mau ckp..
Jangan tanya apa yang RASULLULLAH da buat utk kita, TAPI tanya DIRI apa yg kita da buat untuk BAGINDA.. 


Renung-renungkan dan selamat beramal!
(")(^_^)

p/s: Credits to Yati, pemberi tazkirah bertugas utk harini. Wa rasa bertuah dapat housemates yg bekerjasama memberi "makanan rohani" pd setiap hari Sabtu. =)















Sunday, April 10, 2011

Aku, Kamu, dan EXAM.


Assalamualaikum & Hye.


FINAL EXAM

Click for rapid growth.


Yup, its my Final Exam schedule. I'm counting the day, its just one month to go.. 
[ Umi, abah, takutnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!! +_+ ]


EXAM bukan SEKADAR EXAM.

Wa bukan mau pasal belajar bukan sekadar utk exam, but point wa, exam ni bukan sekadar mau pass but at the same time kita dekatkan diri ngan Allah. Ada dua probability di sini:

  • Semakin dekat exam, semakin dekat, taqarrub diri kita dengan Allah
  • Semakin dekat exam, semakin jauh kita dengan Allah.

NIAT

Tajdid niat, betulkan niat. Apa sebab kita mau exam? Apa sebab kita mau pass exam? Ya, wa tau, ramai org akan jawap utk capai cita-cita, tunaikan harapan ibu bapa n keluarga.. Blablabla~ But ada satu benda yg kita selalu lupa, which is untuk menaikkan Islam. U have 2 choices here:

  • Mau jadikan usaha kita untuk pass exam tu sebagai ADAT
  • Or jadikan dia sebagai IBADAT
So, niatlah kerana Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita. (^_^)


HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Well, juz like above, kita kena jaga hubungan dengan Allah. Dia yg tetapkan Qada' n Qadar kita. 
Tidak guna kita stay up sepanjang malam, kalau solat Subuh besoknya kita tinggal or lambat. 
Tidak guna kita hafal satu buku Anatomy, kalau Al-Quran kita x baca. 
Tidak ada guna kita berjaya, kalau dahi x pernah lekat kat sejadah.


HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Ramai org jaga hubungan dengan Allah, tp dlm masa yg sama dy rosakkan hubungan sesama manusia.
Contoh:
  1. Kau pegi beribadat n belajar 24 jam, tp bilik kau bersepah, jadual rumah kau x ikut, ORANG WAT KERJA, KAU DUDUK2 STUDY. Last2 kau sakit hati orang.
  2. Kau pegi la study, baca kuat2 supaya ingat, dengar lagu kuat2 sampai org lain terganggu. Last2 kau wat orang tension sbb x dapat study.
  3. Kau study berhabisan, tp skali orang tanya sama kau psl study, kau pegi marah dorg balik sbb malas mau kasi explain.

RESULT EXAM.

"Uh, aku study pun sama jugak, x jugak dapat jawap.. Biarlah, takdir aku kan. Suda tu namanya QADAR Allah..."

This is wrong. Ada satu kisah pd zaman Umar Al-Khattab:


Pada suatu hari, baginda ingin pergi ke negeri Syam. Dalam perjalanan, baginda dimaklumkan negeri Syam sedang dilanda penyakit taun. Khalifah Umar pun berbincang dengan kaum muslimin yang lain lalu membuat keputusan untuk kembali ke Madinah bersama sahabat-sahabat yang lain untuk mengelakkan penyakit yang bahaya itu.
Setibanya di Madinah, bertanya Abu Ubaidah kepada Saidina Umar, “adakah kamu lari dari qadar Allah wahai Amirul Mukminin?” Saidina Umar pun menjawab, “ya, kami lari dari qadar Allah ke qadar Allah yang lain.”
Jawapan itu bermaksud jika penyakit taun itu qadar dan ketentuan Allah, maka lari berlindung dari penyakit itu pun termasuk sebagai qadar dan ketentuan Allah.

Ingatlah, setiap Qadar Allah itu ada sebab n musababnya. Jika kita mengubah Qadar yg pd mulanya ialah Kegagalan kerana tidak cukup usaha, kepada Qadar Allah yg sebaliknya iaitu Kejayaan kerana Doa, Usaha, dan Tawakkal kita kepadaNya, itu bukanlah bermaksud kita lari daripada ketetntuan Allah. 

Kesimpulannya, sepanjang kita mau exam ni, pandai2 lah jaga semua benda. X kisahlah, tym musim exam or bila2 pun, kita kena tetap jaga. Coz KEBERKATAN tu lebih penting. Doa orang sekeliling, and paling penting, REDHA ALLAH. 


Wallahua'lam. Peringatan utk diriku dan dirimu.
p/s: Sory kalau ada terasa, terkurang or terlebih. PEACE!!!  
p/s/s: To my friends, kalau aku ada wat salah juga, tegur tau! Sayang kamu. Bittaufiq wannajah semua!!! (^^,)







Friday, March 4, 2011

Soal Hati : LOVE is a GAME


Assalamualaikum.


"Falling in love is awfully simple, but falling out of love is simply awful.."


Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never... never forget it.


Lately, I did realised that many people were in love. And 80% of them have been hurt  by this 
awesome-awful-feelings, instead of being happy to have them. 
Why did this happened??

Love was well known as it could make ur hearts feel better, 
cheer up your day, make u have a non-stop dreaming. 
Paling senang, mandi x basah, makan x kenyang, tidur xlena la.. Tp kalau putus cinta pun, mandi xbasah jugak, makan x kenyang jugak, tidur pun xlena jugak. 
So..??? How was that actually..?? (=.=")
_____________________________________________________________________________

I don't want to keep babbling here without giving out some points. 
I juz wanna say..


If love only could make you hurt, so please leave it.

If love never make your heart calm, its not love.

If love couldn't change yourself into a better person, don't you ever call that it is love.

If you think that love will only gives you happy, it'll let you know that it gives you pain too.

If you think that you can't be loyal in loving, leave them before you heart them.

If you think you can't take care of someone's heart, don't you ever give them hopes.

If you think you are strong enough, lets see if you could stand up after you get dumped by love.

And if you could face the obstacles that love gives you, so you're strong enough to face this life.

If you are in love for the 1st time, do make some research about them.

If you have broken up, do be grateful coz you didn't chose the wrong mate.

If you've never been in love, don't be scared to try them, coz you may learn something from it.

So, lets see, if u could WIN or LOST in this game.


Nota Cinta:

Jika  anda dipermainkan dgn cinta, janganlah bersedih.. 
ingatlah si dia kerana dia pernah menggembirakan hari-hari anda.

Jika anda mempermainkan cinta, janganlah berasa bangga.. 
kerana hidup ini qisas.. anda mungkin akan mhadapinya satu hari nanti..

Jika anda kata anda anti kepada cinta, janganlah terlalu yakin..
kerana cinta itu tidak mengenal siapa.. datangnya tanpa diundang, perginya terasa hilang..

Jika anda yakin si dia bidadari di jiwa namun masa belum tiba, bersabarlah..
kerana masa mampu mengubah segalanya..

Dan jika anda belum jumpa dia yg bertakhta tercinta, yakinlah..
Allah Maha Mengetahui segalanya.. serahkanlah cintamu kepadaNya sebelum cinta manusia.
Kerana Dia lebih mencintaimu, lebih daripada si dia.  




p/s: Wa bukan nak jd minah jiwang, cuma wa rasa sedih mengenang nasib diri yg serupa dgn mereka, especially pompuan.. Hik3~



Saturday, February 26, 2011

Anda Mahu MAWAR BERDURI atau POHON SEMALU..???


Assalamulaikum


ku melihat pada bunga mawar..
"indahnya bunga ini".. "tingginya ia di atas pokok"
lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..
mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..

cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..


ku melihat pada semalu..
"erm..bunga apa ini" "kat tapak kaki aje ia"
lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..


Masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..

Wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..

masya Allah..subhanallah..wallahua'lam..


wallahua'lam..

di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri...

Sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)


Apa perbezaan tu?

Mawar ~



Sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..






Pohon semalu ~
 
Sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita.. apabila menyentuhnya.. dia akan terus menyembunyikan dirinya.. begitu tinggi nilainya.. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya.. 











Namun perasankah kita.. pohon semalu ada keindahanya.. kerana dia juga ada bunganya.. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)

Hayatilah sebaiknya..






Dunia kini sudah berbeza.. wanita yang indah semakin ramai.. wanita sebegini memang mahal dirinya.. sukar untuk didekati andai tiada cara.. apabila cara mengena diri.. maka tunduklah wanita.. itulah ia mawar berduri.. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..
tetapi...

Wanita solehah.. adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya.. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai.. menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..

Wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam.. sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..

Wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya.. maka setialah ia kepada suaminya..disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..

Itulah pohon semalu.. hanya kelihatan daun dan batang berduri.. tiada satu pun indah untuk melihatnya.. namun apabila tiba masanya.. ia bisa mengeluarkan bunga.. yang selama ini disembunyikan..  



Subhanallah..wallahua'lam.


p/s: Thanx to Kipp for this notes..(^_^)


Wednesday, February 16, 2011

Hati saya lembut macam mashmallow, sbb tu saya suka makan hati.

Org kata, blogger wanita suka luah perasaan kat blog.

Tp sy kata, itu bkn luahan hati. Tapi itu perkongsian dari hati ke hati.





Jadi sy rasa perlu share bahawa..


Org kata, hidup ni tak lama, kena enjoy.

Tapi sy kata, hidup ni sgt lama.. if kita hayati setiap detik yg berharga.

Org kata, kdg2 sy terlalu lurus sampai senang dipermainkan oleh kaum Adam

Tapi sy kata, sy bukan lurus, cuma sy agak mudah mempercayai mereka.

Org kata, mereka suka berkongsi ttg hati dan perasaan apabila bsama sy..

Tapi sy kata, sy hanya mendengar dan memberi nasihat berdasarkan pengalaman, bukan pemerhatian.



Sekian.


Jika anda kata, ini mmg sesi luahan hati, bkn perkongsian dari hati ke hati.

Tapi sy kata, ini tetap perkongsian. kerana setiap detik ada pengajaran, setiap kata ada teladan, setiap perkara ada dugaan, dan setiap pesanan ada kebenaran.










Wednesday, January 19, 2011

Doa Seorang Akhwat..

Assalamualaikum.

I COPIED this from HERE.
[ Hope sy x kena cekup kerana copy2 ek..PEACE..!! ]








Tuhanku...
Aku berdo’a untuk seorang pria yang akan menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang pria yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku…
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amin…






DOA SEORANG IKHWAH..


Ya-Allah...
Aku hanyalah hamba-Mu yang hina
Penuh kesilapan dan dosa
Keaibanku jika tersingkap sungguh aku malu bertemu manusia
Namun aku cuba juga memartabatkan agamamu di mana sahaja aku berada
Walaupun aku seringkali menjadi fitnah kembali buat agamaMu yang mulia

Lalu aku malu untuk mengidam teman seperjuangan hidup seperti Fatimah RA
Kerana aku amatlah jauh daripada secebis sifatnya Ali RA
Malu aku untuk memohon kekasih hidup seperti Aisyah RA
Kerana akhlak RasulMu jauh sekali dibandingkan diriku seorang hamba

Namun tetap kuyakin janjiMu cuma
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik tentu pastinya
Namun ungkapan itu bukan retorika semata
Kutahu ia perlu dibuktikan secara nyata

Oleh itu Ya-Allah
Jadikanlah aku pria yang mencintaiMu melebihi segalanya
Jadikan aku hamba yang sentiasa mencari daripadaMu keampunan dan redha
Jangan biarkan aku melupakanMu walau sedetik cuma
Tingkatkan keimanan dan ketakwaanku kepadaMu
Ampunkanlah segala dosa-dosaku
Berilah daku peluang memperbaiki diriku sebelum nyawaku kauambil

Biar siapapun yang bakal menjadi teman hidupku Ya Rabb
Aku berharap cuma dia adalah seorang yang juga berusaha mencintaiMU sepenuh hatinya
Agar andai aku kautakdirkan tergelincir
Peringatan dan nasihatnya mengembalikan kami ke landasanMu yang lurus
Sungguh aku benar-benar hina dan tidak mampu berharap lebih
Melainkan seseorang yang mencintaiMu melebihi sesiapapun di atas dunia ini

Kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini Ya-Rabb...
Amin..