The Doctor's Philosophy:

Watch your thoughts, they become words..Watch your words, they become actions..Watch your actions, they become habits..Watch your character, they become destiny..

p/s: Org ckp tulis guna otak. paling tidak, tulis guna tangan. Tp wa xpeduli, coz wa still mau tulis guna hati. (^_^)
p/s/s: Semua yang terkandung di dalam blog wa adalah nukilan & pendapat wa sendiri, unless the sources are stated. Maaf jika ada yg inappropriate untuk tontonan umum!
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

PENDIDIKAN EKSKLUSIF VS INKLUSIF


*[Post serious. Pendapat serious. Seriously, karangan. He he he.] 


Apa itu Pendidikan Eksklusif & Pendidikan Inklusif?

Pengertian EKSKLUSIF:
·         (éksklusif) bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~;keeksklusifan keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan. –Kamus Dewan Edisi Keempat
·         adj 1. limited to, catering or reserved for a privileged minority, 2. limited to the person or group mentioned, the ~ privileges of the upper class, hak-hak istimewa kelas atasan 3. (of story, interview, etc published in a magazine or newspaper), 4. incompatible, berbeza sama sekali. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Pengertian INKLUSIF:
·         adj 1. Including, termasuk, 2. Including much or all, merangkumi semua, 3. Including the things mentioned, termasuk. –Kamus Inggeris-Melayu Dewan


                1.            Pendidikan Eksklusif dan Kelebihannya.

            Pendidikan Eksklusif merupakan sistem pendidikan yang terhad dan diberikan kelebihan istimewa serta diteliti sistemnya secara lebih mendalam dan lebih komprehensif dalam memastikan kualiti pelajar (produk) yang lebih tinggi, menepati kehendak semasa.
Contoh: Sekolah bestari, sekolah berasrama penuh, sekolah khusus (agama), dsb.



Kini, fenomena pendidikan eksklusif/elite  menjadi trend dalam kalangan masyarakat khususnya ibubapa sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak mereka dengan harapan melihat mereka berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita. Sistem pengajian yg lebih eksklusif ini jika dibandingkan dengan pengajian yg lebih inklusif (cth: sekolah harian biasa) diberikan kelebihan yang agak ketara, maka tidak hairanlah jika ada antara ibubapa yg berpusu-pusu untuk mendaftar anak-anak mereka di sana.

Antara kelebihan yg diberikan ialah syarat-syarat kemasukan ke sekolah terbabit yang memerlukan keputusan UPSR/PMR yang cemerlang. Secara tidak langsung, ia mengumpul pelajar-pelajar cemerlang dalam satu tempat untuk bersaing dengan lebih hebat. Kebanyakan sekolah yg terlibat juga memerlukan pelajar untuk tinggal di asrama sekolah untuk melahirkan insan dan pemimpin yang berdikari. Selain itu, tenaga pelajar yang dibawa masuk turut menyumbang dalam kecemerlangan sekolah, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada guru-guru cemerlang, mempunyai pengalaman dan dianugerahkan sebagai guru cemerlang dari sekolah inklusif dan dibawa masuk ke dalam sekolah eksklusif/elite.

Tidak kurang juga, sekolah-sekolah ini juga diberikan perhatian yang lebih dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur untuk memberikan suasana yg lebih selesa untuk pembelajaran. Secara tidak langsung, keputusan peperiksaan awam yang diperolehi adalah cemerlang, serta membuka peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ditambah pula dengan nama-nama sekolah yang nampak gah pada mata rakyat khususnya para penaja biasiswa pengajian.

Apa pula yang terjadi pada pelajar di sekolah inklusif?

Tidak dapat dinafikan, para pelajar di sini agak kekurangan dan tidak diberi perhatian yang lebih. Ramai lepasan sekolah terbabit melahirkan rasa kecewa kerana pandangan masyarakat yang kadangkala rendah pada mereka, disebabkan terkenal dengan masalah sosial pelajar, dan juga reputasi keputusan peperiksaan yang tidak se-gah mereka di sekolah ekslusif/elite.

Persoalan 1: Mengapa perkara ini boleh terjadi?  Puncanya??




2.       Kepincangan yang Tidak Disedari

Sudah menjadi fitrah, setiap perkara yang dilakukan mempunyai pro & cons –nya yang tersendiri.  Kemudahan dan kelebihan yang disalurkan semakin lama menjadikan sesetengah pelajar di sekolah terpilih ini tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat lain di luar sekolah. Ini kerana hampir 90% daripada mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Mereka dididik untuk bersaing sesama sendiri, tetapi tidak kepada bangsa lain yang diketahui umum tidak kurang hebatnya. Ia sedikit sebanyak menutup skop pemikiran pelajar untuk berfikir ‘out of the box’.

         Selain itu, terdapat sebilangan pelajar yang turut gagal untuk mendisiplinkan diri apabila berada di universiti, gagal menguruskan masa, pincang di tengah jalan, dsb kerana sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama dan mengalami ‘culture shock’ sejurus selepas ‘dibebaskan’ daripada peraturan asrama yang ketat sebelum ini. Berbanding dengan  pelajar sekolah harian, mereka mampu mengatasi masalah tersebut atas kehendak dan disipilin yang dipupuk dalam diri sendiri disamping pemerhatian daripada ibubapa sendiri.

           Melalui pengalaman saya sendiri, sekolah terpilih turut mendapat maklumat secara terus, tidak kira dalam hal peperiksaan mahupun lain-lain melalui guru-guru yang juga kebanyakannya terdiri daripada pemeriksa-pemeriksa, panelis, dan juga pembuat soalan peperiksaan awam. Namun berbeza pula pada sekolah-sekolah lain (inklusif), yang kurang mendapat informasi terkini atas sebab kurangnya tenaga pengajar yang terlibat dalam organisasi pendidikan kebangsaan.

Ini menimbulkan persoalan yg ke-2 di benak fikiran:
Adilkah dan adakah kecemerlangan yang diperolehi di sekolah-sekolah eksklusif ini benar-benar atas kebolehan para pelajar itu sendiri?

            3.    Ibarat Kacang Lupakan Kulit. 

Pandangan yang tinggi, nama sekolah yang tampak hebat, kemudahan yang disediakan, lama kelamaan akan membawa kepada kecacatan peribadi sebahagian besar pelajar di sekolah eksklusif/elite. Rasa ego dengan merasakan diri mereka hebat, semakin menjalar dan menyebabkan mereka lalai dan lupa dari mana asalnya kesenangan yang dikecapi. Dengan harapan yang tinggi, dihantar ke negara orang untuk menimba ilmu, namun, 'ilmu' lain yang penuh di dada, 'ilmu harap pagor, pagor makan padi'. Ini kerana, apabila telah menggenggam segulung ijazah, dengan angkuhnya pendapat orang lain tidak diambil kira, bahkan golongan inilah yang selalunya kembali menentang tangan yang telah menatang mereka bagai minyak yang penuh.



Di manakah silapnya? 

                   
4.       Pendidikan Efektif Dikongsi Bersama.          

Peribahasa Melayu ada menyebut; ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Konsep pendidikan dari luar dan dalam perlu diterapkan agar dapat melahirkan generasi yang berdaya saing, maju ke hadapan, berfikiran terbuka, dan mampu berdiri di atas kaki sendiri  di dunia yang sebenar. Didikan yang efektif adalah daripada diri sendiri, usaha yang gigih apabila mereka kekurangan serba-serbi, dan berjaya mengatasinya sendiri. Adakah kita  memerlukan generasi yang manja dan tidak berkredibiliti untuk bertindak di saat negara dilanda masalah? Sudah tentu tidak.

                Namun, perlu saya nyatakan di sini, pelajar di sekolah harian ada yang cemerlang, ada juga yang lemah prestasinya. Tidak seperti di sekolah eksklusif/elite, sudah menjadi kemestian untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Maka tidak hairanlah, sebilangan besar pelajar yang mencipta hatrik dengan pencapaian luar biasa adalah dari sekolah harian seperti Nur Amalina Che Bakri, 17A SPM 2004, Nadiah Amirah Jamil, 18A, SPM 2006, Siti Fatimah Mokhtar, 18A SPM 2006 dan Nik Nur Madihah Kamil, 20A, SPM 2008. Ini jelas membuktikan, bahawa kemudahan yang hebat dan title sekolah yang gah bukanlah faktor utama mencapai  kejayaan.

Ingin saya turut kongsikan pendapat kenalan saya;

                ‘’ Exclusivity will cause obsessions & egoisms. Instead of creating more elite places with elite students plus elite teachers, why not distributing the elite teachers all over the country. Being fair to all and create more chances to increase the probabilities of creating more excellent students all over the country. Inclusivity overcoming Exclusivity will stop the concept of rich being richer, the poor being poorer.”

                Oleh itu, seharusnya sistem pendidikan kita bersifat inklusif, bukan lagi eksklusif. Demi melahirkan anak-anak bangsa kita, khususnya anak Melayu kita yang dikasihi daripada  ketinggalan dalam memajukan diri. Tenaga pengajar yang pakar seharusnya dimanfaatkan untuk semua agar seimbang dan tidak wujud diskriminasi dan perbezaan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak dikumpulkan, sekali gus dapat membantu dalam prestasi semua sekolah dan mencantas pandangan enteng sesama pelajar. Maka, daya saing dan skop pemikiran akan lebih berkembang berbanding berada di tampuk yang sama, bersaing sesama sendiri. Perhatian secara sekali gus oleh kerajaan dalam pendidikan juga boleh diberikan secara sama rata, agar yang kurang menjadi sempurna, yg sempurna menjadi lebih baik. 

            Dengan itu, satu matlamat dan satu nikmat yang sama bakal dirasai oleh semua pelajar. Segala kebimbangan dapat dielakkan, bukan dengan cara shortcuts, tetapi dengan menyelesaikan punca permasalahan. Ke arah transformasi pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Salam 1Malaysia! 

p/s: Pepatah Inggeris ada menyatakan; ‘When there’s a will, there’s a way’. Tidak kira apa situasi kita, andai berjaya, itulah kejayaan lebih bermakna. Tetapi andai diri tidak sehebat nama, kecundang juga akhirnya. :)


~~Nukilan melalui pengalaman & pemerhatian dari diri sendiri, tidak ada kaitan dengan sesiapa, hanya pendapat sebagai pemerhati. Sekian. ~~

Friday, December 16, 2011

Pernah?

Pernah rasa hidup kau tak bermakna?

...ataupun rasa diri sudah tidak berguna?

Pernah kau rasa diri kau tenggelam di dasar lautan?

...ataupun jauh tersesat di dalam hutan?

Pernah kau rasa semuanya tak kena?

...ataupun fikiran dan hati seakan membara?

Pernah kau rasa kau paling dungu dalam dunia?

...ataupun yg tercampak jauh dr kemampuan manusia jelata?

Pernah kau rasa??

Pernah??



”Tdklah suatu kaum berkumpul dlm salah satu rumah Allah (masjid) u membaca Kitabullah (al-Qur’an) & mempelajarinya, melainkan ketenangan jiwa bagi mrk, mrk diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, & Allah menyebut nama2 mrk di hadapan para Malaikat yg ada di sisi-Nya.” (H.R Muslim). 




p/s: Kalau pernah, pegi ambil wudhuk, solat sunat, baca quran, doa kat DIA :)


Wednesday, October 5, 2011

In Life, Don't Expect Too HIGH, nor too LOW..

Assalamu'alaikum & Hye.


Life is unpredictable. Sometimes you think its not the best for you, but in fact it always be. You know why? Coz you never realized what will the hard time teach you. Just believe me, He knows the best.
Sometimes He just want to see either you will be grateful enuff or not. 
So dearie myself, be grateful for the nikmah, be grateful for the obstacles, be grateful for whatever He gives you. Nothing better without His blessings. :)





BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


p/s: Credits to Khalilah for this post on Fb, at least I realized something before I'm too late. Forgive me, Ya Allah..




All I can say; Alhamdulillah Ya Rabb.. :')



Reminder for YOU & ME: 
" Lihat pada apa yang ada barulah kita BERSYUKUR...
Jangan dikenang apa yang tiada nanti kita KUFUR..."



p/s/s: Wishlist sudah berubah. Beralih kepada yg lebih penting dan kurg memerlukan kos, tetapi memerlukan lebih usaha.. Plus kena berjimat coz sewa rumah semakin mahal n kos hidup btambah. Hihi. ^^








Sunday, April 10, 2011

Aku, Kamu, dan EXAM.


Assalamualaikum & Hye.


FINAL EXAM

Click for rapid growth.


Yup, its my Final Exam schedule. I'm counting the day, its just one month to go.. 
[ Umi, abah, takutnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!! +_+ ]


EXAM bukan SEKADAR EXAM.

Wa bukan mau pasal belajar bukan sekadar utk exam, but point wa, exam ni bukan sekadar mau pass but at the same time kita dekatkan diri ngan Allah. Ada dua probability di sini:

  • Semakin dekat exam, semakin dekat, taqarrub diri kita dengan Allah
  • Semakin dekat exam, semakin jauh kita dengan Allah.

NIAT

Tajdid niat, betulkan niat. Apa sebab kita mau exam? Apa sebab kita mau pass exam? Ya, wa tau, ramai org akan jawap utk capai cita-cita, tunaikan harapan ibu bapa n keluarga.. Blablabla~ But ada satu benda yg kita selalu lupa, which is untuk menaikkan Islam. U have 2 choices here:

  • Mau jadikan usaha kita untuk pass exam tu sebagai ADAT
  • Or jadikan dia sebagai IBADAT
So, niatlah kerana Allah, InsyaAllah Allah akan tolong kita. (^_^)


HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Well, juz like above, kita kena jaga hubungan dengan Allah. Dia yg tetapkan Qada' n Qadar kita. 
Tidak guna kita stay up sepanjang malam, kalau solat Subuh besoknya kita tinggal or lambat. 
Tidak guna kita hafal satu buku Anatomy, kalau Al-Quran kita x baca. 
Tidak ada guna kita berjaya, kalau dahi x pernah lekat kat sejadah.


HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Ramai org jaga hubungan dengan Allah, tp dlm masa yg sama dy rosakkan hubungan sesama manusia.
Contoh:
  1. Kau pegi beribadat n belajar 24 jam, tp bilik kau bersepah, jadual rumah kau x ikut, ORANG WAT KERJA, KAU DUDUK2 STUDY. Last2 kau sakit hati orang.
  2. Kau pegi la study, baca kuat2 supaya ingat, dengar lagu kuat2 sampai org lain terganggu. Last2 kau wat orang tension sbb x dapat study.
  3. Kau study berhabisan, tp skali orang tanya sama kau psl study, kau pegi marah dorg balik sbb malas mau kasi explain.

RESULT EXAM.

"Uh, aku study pun sama jugak, x jugak dapat jawap.. Biarlah, takdir aku kan. Suda tu namanya QADAR Allah..."

This is wrong. Ada satu kisah pd zaman Umar Al-Khattab:


Pada suatu hari, baginda ingin pergi ke negeri Syam. Dalam perjalanan, baginda dimaklumkan negeri Syam sedang dilanda penyakit taun. Khalifah Umar pun berbincang dengan kaum muslimin yang lain lalu membuat keputusan untuk kembali ke Madinah bersama sahabat-sahabat yang lain untuk mengelakkan penyakit yang bahaya itu.
Setibanya di Madinah, bertanya Abu Ubaidah kepada Saidina Umar, “adakah kamu lari dari qadar Allah wahai Amirul Mukminin?” Saidina Umar pun menjawab, “ya, kami lari dari qadar Allah ke qadar Allah yang lain.”
Jawapan itu bermaksud jika penyakit taun itu qadar dan ketentuan Allah, maka lari berlindung dari penyakit itu pun termasuk sebagai qadar dan ketentuan Allah.

Ingatlah, setiap Qadar Allah itu ada sebab n musababnya. Jika kita mengubah Qadar yg pd mulanya ialah Kegagalan kerana tidak cukup usaha, kepada Qadar Allah yg sebaliknya iaitu Kejayaan kerana Doa, Usaha, dan Tawakkal kita kepadaNya, itu bukanlah bermaksud kita lari daripada ketetntuan Allah. 

Kesimpulannya, sepanjang kita mau exam ni, pandai2 lah jaga semua benda. X kisahlah, tym musim exam or bila2 pun, kita kena tetap jaga. Coz KEBERKATAN tu lebih penting. Doa orang sekeliling, and paling penting, REDHA ALLAH. 


Wallahua'lam. Peringatan utk diriku dan dirimu.
p/s: Sory kalau ada terasa, terkurang or terlebih. PEACE!!!  
p/s/s: To my friends, kalau aku ada wat salah juga, tegur tau! Sayang kamu. Bittaufiq wannajah semua!!! (^^,)







Friday, March 4, 2011

Soal Hati : LOVE is a GAME


Assalamualaikum.


"Falling in love is awfully simple, but falling out of love is simply awful.."


Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never... never forget it.


Lately, I did realised that many people were in love. And 80% of them have been hurt  by this 
awesome-awful-feelings, instead of being happy to have them. 
Why did this happened??

Love was well known as it could make ur hearts feel better, 
cheer up your day, make u have a non-stop dreaming. 
Paling senang, mandi x basah, makan x kenyang, tidur xlena la.. Tp kalau putus cinta pun, mandi xbasah jugak, makan x kenyang jugak, tidur pun xlena jugak. 
So..??? How was that actually..?? (=.=")
_____________________________________________________________________________

I don't want to keep babbling here without giving out some points. 
I juz wanna say..


If love only could make you hurt, so please leave it.

If love never make your heart calm, its not love.

If love couldn't change yourself into a better person, don't you ever call that it is love.

If you think that love will only gives you happy, it'll let you know that it gives you pain too.

If you think that you can't be loyal in loving, leave them before you heart them.

If you think you can't take care of someone's heart, don't you ever give them hopes.

If you think you are strong enough, lets see if you could stand up after you get dumped by love.

And if you could face the obstacles that love gives you, so you're strong enough to face this life.

If you are in love for the 1st time, do make some research about them.

If you have broken up, do be grateful coz you didn't chose the wrong mate.

If you've never been in love, don't be scared to try them, coz you may learn something from it.

So, lets see, if u could WIN or LOST in this game.


Nota Cinta:

Jika  anda dipermainkan dgn cinta, janganlah bersedih.. 
ingatlah si dia kerana dia pernah menggembirakan hari-hari anda.

Jika anda mempermainkan cinta, janganlah berasa bangga.. 
kerana hidup ini qisas.. anda mungkin akan mhadapinya satu hari nanti..

Jika anda kata anda anti kepada cinta, janganlah terlalu yakin..
kerana cinta itu tidak mengenal siapa.. datangnya tanpa diundang, perginya terasa hilang..

Jika anda yakin si dia bidadari di jiwa namun masa belum tiba, bersabarlah..
kerana masa mampu mengubah segalanya..

Dan jika anda belum jumpa dia yg bertakhta tercinta, yakinlah..
Allah Maha Mengetahui segalanya.. serahkanlah cintamu kepadaNya sebelum cinta manusia.
Kerana Dia lebih mencintaimu, lebih daripada si dia.  




p/s: Wa bukan nak jd minah jiwang, cuma wa rasa sedih mengenang nasib diri yg serupa dgn mereka, especially pompuan.. Hik3~



Friday, January 7, 2011

Behave Yourself, BUT Be Yourself..


Kita slalu dgr pkataan HIPOKRIT, CONTROL, BAJET, or etc.. And semua ni berlaku apabila kta berada di tempat yg commonly ramai org la.. Ataupun di hadapan org yg kita MALU utk tunjukkn peangai sebenar kita.. Am I rite? Kalo salah tlg tunjukkan...




Actually wa pun xtau napa wa nk cakap bnda nih. Maybe people gonna say:

" Ummu, u're lying la.. how come u could be urself at all time.." or..

" Hey, aku tgk ko control gak depan org.. Cakap x serupa bikin maa~" or..

" Lu suka bergaya jugak, bkn tu bajet cun ke..??"

"Cermin diri sendiri dulu, lu cakap lu buat ke? Haiyaa~ "


Hmm.. yup, I'm honestly saying dat ..
X semua bnda yg sy cakap sy bley buat. 
X semua perkara yg sy tegur, sy x buat. 
X semua yg sy cakap baik, sy ikut. 


But I'm just trying utk..
Sampaikan apa yg sy tahu..
Giving my opinions..
Bg dorongan kpda diri sendiri, utk berubah kpda yg lebih baik.
Maybe agak tidak istiqamah, sbb tu nampak mcm HIPOKRIT..tp sy masih mcuba.
Dan kpda anda utk sama2 fikir, n nilai sendiri di mana level kita.. sebagai muhasabah bersama...




Itu yg sy mahu. Sy tau sy budak jahat. Sy bkn budak baik. Sy suka cuba benda baru. 
Sy suka tampil dgn penampilan yg sy rasa selesa. Sy sgt2 lah x perfect.
Sy x secerdik anda. Sy x sebaik anda. Sy x secantik anda. Sy x lemah lembut mcm anda.
Kdg2 sy ketawa terbahak-bahak. Kdg2, sy mkn/ minum bdiri. [ hehe, kantoi di situ.. ]
Kdg2 sy bersila/bersimpuh atas kerusi tym kuliah. Sy xpeduli apa org ckp. 
Coz sy x pandai control. Sy mmg x sesopan anda. (+_+)

Tp, sy hanya cuba utk menjadi diri sy sendiri.
Sy x suka utk pretend as budak baik sdgkn sy tahu, sy bkn cmtu.
Sy x mau act ayu or lemah lembut dpn lelaki juz utk show off sy ni perempuan Melayu terakhir.

N lg 1..Sy belum dpt mjadi muslimah sejati. 
Or yg pling sy takut bila org ckp..
Nama dah SOLEHAH, tp perangai x seindah nama.

Oh, pembetulan di situ. Nama itu adalah doa, dan sy sgt bterima kasih jika anda memanggil sy dgn nama itu kerana ia adalah doa utk sy. Semoga satu hari nanti, nama itu akan sebati dgn jiwa sy..amiin~ =)



* I did try.. a long time ago. And u noe wat..? Its tiring~~

I did said that I AM A GOOD PRETENDER. But in those kind of things stated above,
 I LOST.




So, jika anda mahu mgkritik sy, silalah beri kritikan dgn cara yg boleh sy terima dan berhikmah. Tidak perlu disusuli dgn lirikan mata yg menusuk jiwa. X perlu berbuih mulut utk membincangkan masalah sy dgn org lain.. Direct kpda sy, arasso..?? Sy agak sensitif sbnarnya.. so, if sy trus senyap slpas ditegur, sy minta maaf. Kemungkinan masih dlm proses menyiapkan diri n minda. 

Sy sayang anda. Jika anda syg sy, tegurlah sy...jika tidak, itu hak anda. Semoga Allah merahmati kalian..
(^_^)


p/s: Ini bukan entry emo. Juz wa nak betulkan + luahkan perkara yg tersirat di hati.. Ehehe.




Wednesday, January 5, 2011

Lelaki Minat Korea=X Gentle??


Siapa yg setuju dgn statement di atas..??
Angkat tangan cepat!!
Siapa angkat tgn mmg kena ngan wa..=P

Sebab..


  • Artis2 Korea nih mmg jd Hot Stuff skarang.. [ Wah, ayat brani mati wa..XD ]
  • Mereka POPULAR n mmg sgt2 berbakat..pndai menari, suara pergh, muka pon thumbs up!
  • Mereka HANDSOME + CUTE + SWEET + JAMBU...Weeeeeeee...!!!!!


So, wa rasa, mereka2 yg cakap mcm nih...

" Alaa..pe klas tgk citer korea.. nangeh2, sweet2 konon.."

" Org korea nih sume lembik2.. Pompuan dy pon wat plastic surgery.."

"Tengok citer korea x gentle LANGSUNG..!! "


Ooh, tiba2 wa trasa panas type ayat2 mcm nih. Cukup setakat 3 examples. Haha. 
Conclusionnya, actually dorg tu JELEZ coz bdk pompuan suka ngan org korea yg mmg deserved utk diminati.. 

N dorg2 yg ckp lelaki yg tgk crita2 korea + minat dorg uh x gentle or watsoeva yg sewaktu dgnnya..
Wa rasa dorg ego utk mngaku dgn kelebihan artis2 ini. Hehe. Mereka layak utk dapat peminat2.. X kesah la dr dlm kalangan lelaki atau perempuan.

Kim Bum Oppa~~ saranghaeyo~~

Nichkhun oppa~~ saranghae~

Kyu Hyun oppa~ saranghaeyo~

N Kim Ki Bum Oppa~ saranghaeyo~


Ehem2, tu sumber inspirasi wa.. Ngee~


So, kepada mereka2 yg trasa diri mereka lelaki, jgn takut utk mengaku yg anda minat Cerita Korea. 
N attention kpda Wanita2 sekalian, jgn bgaduh2 plak coz kongsi 'BF' Korea yg sama. Eheh.

But remember, minat2 jugak.. Jgn sampai mengAGUNG-agungkan artis plak. Ish3~
Rasulullah s.a.w ttp mnjadi idola di hati, arasso..?? =)


Peace No War..!!
(")(^_^)(")


p/s: Wa da target utk khatam 1 lg drama after exam Histo next week.. Copy2 dr cik shue after curi dr encik Afnan..Ngex~

Sunday, November 7, 2010

Berbuat baik berpada-pada~


Have u ever wondered to make something dat really good..??? 
There's sometimes dat its not da best time to be soooooo kind.. 

No!!! I din't meant dat kita x bley buat baik.., but kena la bertempat.. And da most important thing, tidak menyusahkan orang lain.. tidak menyakitkan hati orang lain.. 

I'm giving u an example k..

Korg nak pegi kedai untuk beli barang dapur dengan harapan nak tolong mak masak.. Tapi korg xda duit.. So, korg g curi/ragut/rompak duit orang lain yg terserempak dlm perjalanan tu.. 
Terfikir or tidak.. Apakah perlakuan baik kita tu akan diterima..?? Waallahua'alam.. memang niat tu baik, tp hasilnya mcmana..?? Ada atau tidak keberkatan di situ..???
Fikir-fikirkanlah.. Niat tidak menghalalkan cara.. 

Jagalah hubungan antara manusia..then baru jaga hubungan kita dengan Allah..

Saya bukan bcakap kerana saya lebih baik dari anda.
Saya tidak bcakap kerana saya tergolong dlm kalangan org yg sakit hati dgn anda.
Saya juga tidak bcakap kerana rasa benci atau marah.
Tapi saya bercakap atas dasar SAYANG.. 
Saya sayang anda, jd saya x suka org bcakap buruk tentang anda.

Semoga ia mjadi peringatan utk kita, khasnya utk diri sy sendiri...(^_^)


p/s: i'm really a good observer..so i'm talking based on my observation..sory if terkhilaf bicara..
_______________________________________________________________________


Oh ya, btw..aritu x upload lg pic bilik gua.. here u are..

gua punya yg ada cube tu..^^,

Yg pompuan tu bff gua, odah..yg sebelah tu bf..ngee~

buku2 yg di copy n paste dlm otak..

ni tilam gua..walupun xda katil, tp gua ttp tdur mati..XD

nk tunjuk ruang tamu tu sbnrnya..heee~


okeh, papai..!!
*peace no war*



Thursday, September 23, 2010

Aku di sini..

Firstly, thanx to member2 yg x putus2 wish gudluck kat aku.. either in fb or personally. And also thanx a lot to ma fwenz yg meRINDUI aku.. ngee~ n many thanx to rakan2 yg mendoakan keselamatan + kejayaan + kesejahteraan aku di bumi anbiya' ni.. Semoga kalian dirahmati Allah.. Jazakallahu khairan kathira..^^




nanti aku pos piramid kat korg..ngee~

Pejam celik, pejam celik, da seminggu aku duk kat bumi mesir ni. And aku da mula sedikit sebanyak dapat biasakan diri di sini, even maybe bkn dgn org2 mesir, but hidup secara bdikari n bmasyarakat. Honestly, life kat sini mmg a bit different la 

And now ni, aku pun da tsedar, betapa agungya tarbuyah dr Allah tu bila kita dpt straight dr Dia. Environment life kat sini mdorong aku utk berubah, sdikit demi sdikit. Alhamdulillah, i'm sooo grateful la coz x teruskan study kat INTEC to further study in Japan dulu... I'm not saying dat Japan is not good, totally not.. Maybe skrg bru aku tau, if aku duk kat sana, aku xkan dapat apa yg aku dapat skrg..


Why??


Okeh, 1st yg tlintas kat fikiran aku dulu,tym packing brg.. Aku tfikir, d mesir nt mau pakai baju apa?? then aku ckp dlm hati, " pakai jak la apa yg ko biasa pakai.. x semestinya duk mesir kna pakai tudung litup, etc..."


But bila aku sampai kat cni, then aku realized, yang environment kat cni sendiri yg mendorong diri sendiri utk berubah. Memang, dependz on orang jugak, untuk terima cara senior2 kat rumah sabah ni especially tegur cara berpakaian, adab, perangai.. 


Tapi tu la org cakap,sometimes untuk brubah perlu ada paksaan. Hati x rela, tp terpaksa buat. Hati kata benci, tp phisically kna juga ikut. As time passes, kita xkn sedar, yang benda dibenci tu la yang akn wat kita rasa janggal if kita x buat.. 


Same like here la,aku mmg sgt2 susah utk pakai stokin, yala, cm leceh kn. But alhamdulillah, lifestyle kat cni ckit2 mbiasakan diri aku utk pakai.. sama la mcm bnda lain.. tudung sempang, jeans n baju fit.. yeah, agak memalukan utk di state di cni, tp tu la hakikat. N hope doakan aku untuk istiqamah. Amin~


Pergaulan ngan boys a.k.a banin kat sini mmg la sgt2 terbatas bg kami para junior. Tapi tidak bg para senior. Why?? I cant answer that question. Sorry to sound harsh. But hope some body could fix it soon..
In my opinion la, its not wrong to interact with them, yala, kawan2 jak pun.. ramai2, bukan bdua-duaan. bukan bertepuk tampar or watsoeva. Jangan biarkan kita jd org yg hanya tahu bercakap, tp tidak mengamalkannya. Tu fasik namanya, beware k.. Sebagai peringatan untuk kita, n of coz, utk diri aku sendiri. Moga dijauhkan..




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ
(2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لاَ تَفْعَلُونَ (3)
[الصف/2، 3]

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa
kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” [Ash-Shaf : 2-3]



I may not a kind gurl, juz like others. But I'm trying to find myself, truly mine.. To know Him better. Utk berbalik kpda fitrah manusia yg sebetulnya, dat is, fitrah kpda kebaikan. InsyaAllah. Chaiyok2!! Aku pun x state yg hidup kat sini semuanya perfect, coz ada jugak yg kurang. Cara tarbiyah yg kadang2, aku sendiri x boleh terima. maybe aku xkn shout out, but tu x bmakna yg aku terima. Juz think positive jak la kn, May Allah show them the better way to dakwah. InsyaAllah..^^,


we need time to get use the lifestyle..

Last but not least, so far ok la life kat sini. Rindu tetap ada, rindu kat Malaysia, rindu family, rindu makanan Malaysia, rindu life kat Malaysia.. Aku tetap sayang Malaysia, n paling penting, aku bangga jadi Sabahan!!


So, kesimpulannya, aku rasa sgt bertuah n sgt2 syukur coz dapat mjejakkan kaki di bumi anbiya', Mesir ni.. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya..^^,


"Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi ketahuilah, bahawa sesengguhnya Allah itu adalah sebaik-baik Perancang..."


Semoga kejayaan milik kami di sini..^^